Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

AS Sertai Misi Cari...

SEOUL - Pasukan menyelamat Amerika Syarikat (AS) hari ini menyertai operasi mencari 52...

Pembangkang Desak PM Nasihatkan...

KUALA LUMPUR - Blok pembangkang hari ini mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir...

Pegawai Kanan Polis Maut,...

Tumpat : Pegawai kanan polis maut selepas kenderaan dipandu terbabas dan merempuh tiang...

Seramai 64 Ditahan Di...

GEORGE TOWN - Seramai 64 penjenayah termasuk tujuh pemilik pusat judi di Pulau...

Tak Minat Barang Jenama, Nazim Kreatif Suai Padan

SUAMI aktres cantik molek Bella Dally iaitu Nazim Othman mendedahkan bahawa dirinya seorang yang tidak menggemari barangan berjenama dan hanya berbelanja mengikut kemampuan sahaja.

Menerusi ruangan BH Online, Nazim atau Nushrul Alif Othman, 32 berkata dia seorang yang suka berjimat.

Baginya adalah penting untuk seseorang itu pandai dan kreatif dalam bergaya atau pun mix dan match pakaian yang dipakai bukan bergantung pada jenama semata-mata.

Tak Minat Barang Jenama, Mesti Kreatif Dalam Suai Padan

Tak Minat Barang Jenama, Mesti Kreatif Dalam Suai Padan

“Pada pendapat saya, tidak guna jika kita membeli pakaian yang mahal, tetapi nampak biasa saja apabila dipakai.

“Saya pernah membeli pakaian berjenama, tetapi yang tidak berjenama dan murah nampaknya lebih bertahan lama,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon yang membintangi drama bersiri Lara Aishah disamping Fasha Sandha menegaskan sudah enam bulan dia tidak bershopping.


“Apabila berlakon, saya beli banyak baju untuk dipakai ketika penggambaran. Jadi saya fikir, buat apa perlu membazir? Pakai saja apa yang ada,” katanya.

Tak Minat Barang Jenama, Mesti Kreatif Dalam Suai Padan

Selain itu, Nazim turut mengingatkan dirinya bahawa kerjaya sebagai seorang selebriti tidak seperti orang makan gaji yang dibekalkan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) untuk bekalan hari tua.

“Nak cari duit bukan senang. Tambahan pula kita sebagai selebriti tiada caruman KWSP atau SOCSO seperti kebanyakan orang. Jadi, saya perlu berjimat,” tuturnya.

Oleh itu, adalah penting baginya untuk berjimat dan tidak membelanjakan wang sesuka hati. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori