MIAMI – Seorang lelaki yang sebelum ini terkenal susulan laporan media mengenai keadaannya cuma ada setengah kepala tersebar di seluruh dunia, mengaku tidak bersalah atas tuduhan cuba bunuh.
Media Amerika Syarikat melaporkan, dia didakwa sengaja bakar tilam di rumah ibunya yang boleh mengancam nyawa orang ramai.
Carlos Rodriguez, 31, yang terkenal dengan gelaran Halfy dalam kalangan rakannya, dilaporkan membakar tilam itu sebelum ditemui pihak polis di tengah halaman rumahnya.
Rangkaian berita tempatan 7News melaporkan lelaki yang setengah kepalanya penyek itu melakukan kesalahan berkenaan pada awal pagi Isnin (waktu tempatan).
Ketika kejadian, dua lelaki lain turut berada di dalam kediaman jenis dupleks yang bersambung dengan rumah utama.
Seorang mangsa terbabit ibunya sendiri, Anicia Rodriguez adalah pemilik bangunan. – Agensi/myMetro Online