Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

DAP Pertikai Kerajaan Tarik...

KUALA LUMPUR - DAP mempersoalkan langkah kerajaan menarik balik Rang Undang-undang (RUU) Membaharui...

Polis Belum Ada Keputusan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum membuat sebarang keputusan sama...

Johor Komited Bina 100,000...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor komited untuk membina 100,000 unit Rumah Mampu Milik...

Strategi “Cloud First” Diperkenal...

PUTRAJAYA - Strategi "Cloud First" atau Pengkomputeran Awan Pertama akan diperkenalkan dalam agenda...

Tamak…. Sudah Dapat RM15j Namun Masih Belum Cukup

Bekas ratu cantik universiti dunia dari Rusia, Ekaterina Fields, 43, boleh dilabelkan sebagai tamak.

Ini kerana dia yang telah dianugerahkan pampasan sebanyak RM15 juta dan bayaran sebanyak RM1.8 juta setiap setahun selepas bercerai, masih mahu menuntut wang tambahan daripada bekas suaminya, Richard dengan alasan jumlah itu tidak mencukupi.

Wanita itu mahu Richard menambahkan bayaran terbabit dan bagi tujuan itu Ekaterina sanggup kembali ke mahkamah bagi mendapatkannya.

Alasan yang diberikan oleh Ekaterina ketika membuat tuntutan tambahan ialah wang yang diterima daripada bekas suaminya, tidak mencukupi untuk menyara kehidupan mewahnya.

Ekaterina yang juga bekas pelakon kanak-kanak itu menuntut supaya Richard yang juga seorang peguam, menambah jumlah wang berkenaan kerana bimbang dia akan `mati’ atau terlalu tua untuk memastikan simpanan peribadinya mencecah jutaan ringgit.

Wanita itu yang kini telah menjadi warga negara Britain sememangnya dikenali hidup dalam kemewahan dengan makan di restoran terkenal serta mempunyai tukang masak dan dua pembantu di rumahnya.

Pasangan berkenaan bertemu pada 2001 dan telah menetap di New York dan turut menghabiskan masa di London dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM4.1 juta setahun di kota berkenaan, ketika masih bersama.


“Kami menikmati percutian di luar negara, terbang kelas pertama dan makan di restoran terkenal. Dia juga menggalakkan saya berbelanja sesuka hari serta akan membeli barang kemas sebagai hadiah kepada saya beberapa kali dalam setahun,’’ kata Ekaterina dalam tuntutannya di mahkamah.

Selepas hubungan mereka berakhir, Ekaterina berpindah ke London dan terus menetap di sana. Mereka mempunyai dua anak.

Ekaterina merupakan isteri kelima Richard. Mahkamah bagaimanapun tidak dapat membuat keputusan dan menunggu untuk mendapatkan keterangan bekas suaminya sebelum sebarang keputusan dibuat. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori