PEMENANG pingat perak Olimpik Rio 2016 dalam acara badminton beregu lelaki, Tan Wee Kiong dilapor menamatkan zaman bujangnya, semalam.
Tan mendaftarkan pernikahannya dengan gadis pilihan, Chia Shi Leng dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat.
Memetik Hype.my, selepas enam tahun berpacaran, Tan; 27, melamar Chia; 28, pakar kecantikan pada Mei lalu.
Tan bagaimanapun masih belum menetapkan sebarang tarikh bagi meraikan majlis resepsi mereka memandangkan dia akan terlibat dengan beberapa siri kejohanan dunia dalam masa terdekat. – MYNEWSHUB.CC