Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mangsa Banjir Dipindahkan Di...

KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang hampir pulih dengan hanya 397 mangsa masih...

Dr Xavier Yakin Peluang...

KUALA LANGAT - Calon Ketua Cabang PKR Kuala Langat, Dr A. Xavier Jayakumar...

Bayi Nadiya Nisaa Meninggal...

TAKZIAH diucapkan buat pelakon Nadiya Nisaa yang dilaporkan telah kehilangan cahaya mata dalam...

Aliran Masuk Dana Asing...

KUKUH... Meskipun pembangkang asyik sebar berita palsu mengenai ekonomi Malaysia, pelabur asing dan...

Taufan Nicole Hala Ke Bermuda

MIAMI – Taufan Nicole, ribut kategori dua, menghala ke arah Bermuda semalam selepas Taufan Matthew membunuh ratusan orang di Caribbean, kebanyakannya di Haiti.

Nicole yang bergerak pada kelajuan 155 kilometer sejam, kini berada pada jarak 520 kilometer di barat daya Bermuda sekitar jam 12.00 tengah hari waktu tempatan.

Taufan itu sedang menghala ke barat laut kira-kira 11 kilometer sejam di Atlantik dan dijangka menghampiri wilayah Pulau British dalam tempoh 24 jam akan datang.

“Keadaan taufan dijangka bermula di Bermuda pada pagi Khamis, dengan ribut tropika dijangka bermula pada petang atau malam hari ini,” kata Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) dalam satu kenyataan semalam.

NHC berkata, satu lonjakan taufan berbahaya itu dijangka menyebabkan banjir di pantai Bermuda dan berhampiran pantai, lonjakan diiringi angin besar dan kerosakan.


Ia dijangka turut membawa hujan sehingga 20 sentimeter.

Pegawai Aeronautik Kebangsaan dan Pentadbiran Angkasa (NASA) dalam satu kenyataan berkata, taufan Nicole sudah mengganggu perjalanan beberapa kapal kargo dan Stesen Angkasa Antarabangsa hingga pelancaran yang dijadual pada Khamis terpaksa ditangguhkan sehingga Ahad. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori