Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

KTMB Perkenal Tambang Fleksi...

KUALA LUMPUR - Pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bakal menikmati kadar tambang yang...

Misteri.. Budak Tiga Tahun...

PELIK bin ajaib. Itu yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Indonesia apabila tiba-tiba...

Larangan Lelaki Berpakaian Wanita...

KUALA LUMPUR - Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bertepatan dengan...

STAFOC, STAGG Tak Diwujudkan...

IPOH - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak bercadang mewujudkan semula Pasukan Petugas Khas...

Teruskan Elaun Kepada Nelayan Bantu Ringan Beban

ALOR SETAR – Keputusan kerajaan untuk meneruskan elaun kepada golongan nelayan antara RM200 hingga RM300 sebulan dilihat sebagai tindakan yang tepat bagi meringankan bebanan yang ditanggung golongan nelayan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Kedah (NEKAD) Ahmad Rudin Hussain berkata keputusan yang dibuat kerajaan itu dilihat sebagai langkah tepat terutama sekali ketika ekonomi negara yang tidak menentu sekarang.

“Dengan keadaan ekonomi sekarang, elaun itu dapat membantu golongan nelayan untuk meneruskan kehidupan harian.

Keadaan cuaca yang tidak menentu juga sedikit sebanyak menjejaskan hasil pendapatan nelayan namun dengan adanya elaun ini, ia dapat membantu dan ini menunjukkan kerajaan prihatin dan memahami nasib golongan nelayan,” katanya kepada pemberita, hari ini.


Sementara itu, Khairul Asril Hashim, 36, yang merupakan seorang nelayan lebih 20 tahun di Kuala Muda berkata dia gembira dengan pengumuman yang dibentangkan dalam Bajet 2017 yang mana elaun yang diberikan itu dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung nelayan terutamanya apabila berdepan bencana seperti fenomena air pasang besar baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2017, memaklumkan elaun antara RM200 hingga RM300 sebulan akan diteruskan kepada golongan nelayan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori