Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Siasatan Penganjur Maraton Di...

SHAH ALAM - Siasatan terhadap penganjur acara Maraton Antarabangsa Bandar Klang 2017, Disember...

Manhaj Ahli Sunnah Wal...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya umat...

Siasatan Terowong P.Pinang: RPK...

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan pemilik blog Malaysia Today, Raja...

“Ambil Saya Jam 6...

KUANTAN - "Ambil saya jam 6 petang," itu kata- kata terakhir Mohammad Farhan...

Thomas Dahului Dengan 2 Pukulan Di CIMB Classic

KUALA LUMPUR – Penyandang juara, Justin Thomas mengekalkan misi mempertahankan kejuaraan Kejohanan Golf CIMB Classic selepas beraksi cemerlang di TPC Kuala Lumpur, di Bukit Kiara di sini hari ini.

Pemain berusia 23 tahun dari Amerika Syarikat itu, yang memulakan aksi dari lubang ke-10, mencatat enam bawah par 66 di pusingan kedua bagi catatan keseluruhan 14 bawah par 130.

“Hari ini saya tidak bermain sebaik semalam. Pukulan drive saya lebih baik tetapi pukulan lain agak kurang menjadi kerana saya mahu mengarahkan bola lebih dekat ke lubang.

“Tetapi permainan yang bebas bogey adalah baik. Permainan saya di tujuh lubang pertama kurang bagus dan sekadar mampu melakukan satu bawah par di situ sebelum bermain lebih baik di lubang seterusnya,” katanya yang berkongsi kedudukan pendahulu bersama dua pemain lain pada pusingan pertama semalam.

Thomas yang kini mendahului dengan dua pukulan, berharap beliau mampu mengekalkan aksinya dalam dua pusingan terakhir.

“Anda tidak akan tahu apa keadaan yang menanti atau apa yang boleh dilakukan pemain lain. Saya harap mampu bermain lebih baik pada hujung minggu ini, seperti yang saya lakukan di pusingan kedua tahun lepas.

“Namun, anda tidak akan tahu apa yang akan terjadi di luar sana nanti,” katanya.

Sementara itu, pemain India, Anirban Lahiri kecewa walaupun menampilkan permainan yang mantap hari ini.

“Saya bermain dengan baik tapi ia agak mengecewakan untuk menamatkan aksi dengan cara ini,” kata Anirban, yang menyamai catatan keseluruhan Thomas lapan bawah par selepas mencatat dua birdie berturut-turut di lubang ke-13 dan 14.

Bagaimanapun, pemain nombor satu Jelajah Asia itu melakukan double bogey di lubang ke-18 par lima, hari kedua berturut-turut menyaksikan beliau mencicirkan dua pukulan di lubang terakhir.


Beliau akhirnya terpaksa berpuas hati dengan catatan dua hari 12 bawah par 132.

Anirban berharap pengalamannya beraksi TPC Kuala Lumpur, di mana beliau menjuarai Terbuka Malaysia musim lepas, akan memberi kelebihan kepadanya untuk memenangi kali pertama CIMB Classic, satu-satunya kejohanan yang diiktiraf Jelajah PGA di Asia Tenggara.

“Tiga minggu terakhir menyaksikan saya beraksi di lapangan yang pernah saya muncul sebagai juara, dan ini cukup memberi perasaan positif untuk memulakan aksi. Inilah yang saya perlukan (selepas pulih daripada kecederaan),” katanya.

Sementara itu, tiga pemain – Russell Knox (Scotland), James Hahn (Amerika Syarikat) dan Hideki Matsuyama (Jepun) berkongsi kedudukan tempat ketiga, selepas mengumpulkan catatan 11 bawah par 133.

Knox melakukan catatan terbaik dengan sembilan bawah par 63 untuk melonjak ke posisi ketiga.

“Saya fikir hanya mampu melakukan lima atau enam bawah par. Selepas itu putting saya menjadi dan saya gembira dengan catatan yang dilakukan,” kata pemain berusia 31 tahun itu.

CIMB Classic yang menawarkan hadiah keseluruhan US$7 juta (kira-kira RM29.33 juta), adalah sebahagian daripada Piala FedEX dalam siri Jelajah PGA di Asia Tenggara dan diiktiraf bersama oleh Jelajah Asia dan Persatuan Pemain-Pemain Golf Profesional Malaysia (PGAM). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori