Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

1,767 Kes Baharu COVID-19

PUTRAJAYA - Jumlah kes baharu COVID-19 mencatatkan 1,767 kes hari ini menjadikan jumlah...

Iszuree Disingkar Berdasarkan Laporan...

GEORGE TOWN - Penyingkiran Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatan...

Slovakia Tawar RM4.8 Juta...

HADIAH... Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, kelmarin berkata bahawa kerajaan negara Eropah itu...

Mangsa Banjir Di Lipis...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Lipis kekal 46 orang daripada 13 keluarga...

Tidak Pernah Keluar Kenyataan Ganti Beca Tradisional – Idris

MELAKA – Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata beca elektrik sesuai digunakan di Melaka kerana inisiatif berkenaan berkonsepkan teknologi hijau, namun kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan kenyataan beca tersebut bakal menggantikan beca tradisional.

Beliau berkata kerajaan negeri sejak sekian lama berusaha membangun dan mempopularkan beca sebagai produk pelancongan yang memberikan limpahan rezeki kepada pengayuh beca.

“Pengayuh beca sepatutnya bersyukur kerana kerajaan negeri telah berusaha membawa jutaan pelancong ke Melaka, saban tahun.

“Apakah selama ini kerajaan tidak prihatin terhadap penarik beca, kita buat kerja dengan menyediakan pelbagai infrastruktur hingga mampu menarik ramai pelancong dan penarik beca boleh cari makan di Melaka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isu beca elektrik menggantikan beca tradisional Melaka mula menjadi perhatian apabila lebih 50 pengayuh beca berhimpun di Dataran Memorial Kemerdekaan, Bandar Hilir di sini semalam, meluahkan kerisauan beca elektrik akan diperkenalkan di Bandar Hilir oleh sebuah syarikat.

Semakan di Internet mendapati syarikat yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan itu sudah mula mengiklankan jawatan kosong pemandu beca elektrik di kawasan Bandar Hilir.


Idris mendakwa pengayuh beca yang tidak berpuas hati itu telah dipengaruhi pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik atas isu berkenaan.

“Penarik beca ini dihasut oleh mereka yang ada kepentingan politik, dengan sedikit hasutan penarik beca melenting, ugut nak tukar parti, ugut tak mahu sokong kerajaan,” katanya.

Katanya kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memajukan negeri ini dan memastikan semua rakyat hidup dalam keadaan harmoni di samping menikmati pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori