Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Polis Buru 4 Lelaki...

SHAH ALAM - Polis kini memburu empat lelaki yang terlibat dalam cubaan menyamun...

Bapa Arwah Adib Hantar...

KUALA LUMPUR - Bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, akan mengemukakan representasi...

‘Malaysia Sedia Terima Lebih...

KUALA LUMPUR : Tajaan dan bantuan pendidikan tinggi kepada pelarian serta pelajar dari...

Pengumuman Pakatan Harapan Tak...

KUALA LUMPUR – Pengumuman Pakatan Harapan berhubung calon perdana menteri dan timbalan perdana...

Tindakan Tegas Kepada Peniaga Yang Sorok Minyak Masak

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan memberi amaran tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana peniaga yang dengan sengaja menyorokkan minyak masak untuk tujuan tertentu.

Timbalan Pengarah Saifulbahri Abdul Kadir berkata setakat ini stok minyak masak masih lagi mencukupi untuk menampung permintaan domestik namun ia tetap perlu dipantau bagi mengelakkan dimanipulasi oleh pihak tertentu sehingga menyebabkan orang ramai sukar mendapatkan bekalan.

“Setakat ini tiada aduan yang dibuat mengenai kehabisan stok minyak masak dan keadaan masih terkawal di sini.

“Saya nak ingatkan kepada pengguna diluar sana supaya tidak terlalu panik …setakat ini bekalan mencukupi dan janganlah membuat pembelian panik,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 Nov ini.


Hamzah berkata kadar itu berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS).

Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa pasaraya mendapati bekalan minyak masak masih mencukupi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori