Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kertas Siasatan Akan Diserah...

IPOH – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu, kertas siasatan...

Pemimpin PKR Ditahan Polis

KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin PKR Cabang Batu di sini, ditahan polis bagi...

Bapa Lacur Anak Dihukum...

TINDAKAN seorang bapa yang mengiklankan anak perempuannya yang berusia empat tahun untuk tujuan...

Remaja Dakwa Dipukul Kerana...

KUANTAN - Seorang pelajar Tingkatan Dua mendakwa dibelasah oleh seorang pelajar tingkatan lima...

Tinggal Di Kuil Terbiar: Ibu Saman Empat Anak Kandung

PADAH… Empat orang anak berdepan dengan tindakan undang-undang di China selepas disaman ibu kandung mereka kerana gagal menjaga wanita yang sudah tua itu.

People’s Daily Online melaporkan, wanita berusia 73 tahun itu mendakwa terpaksa tinggal bersendirian di dalam sebuah kuil terbiar selepas kematian suaminya pada 2010 lalu.

Kes berkenaan dibicarakan di sebuah mahkamah terbuka di kawasan pendalaman di Pengzhou, China bagi memberi kesedaran dan pendidikan dari sudut undang-undang kepada orang ramai.

Tinggal Di Kuil Terbiar: Ibu Saman Empat Anak Kandung

Wanita berkenaan menuntut untuk tinggal bersama anak sulungnya, mengusahakan tanahnya, menyediakan tempat tinggal dan memberikan 30 kilogram beras kepadanya setiap bulan.

Dia juga mahukan anak-anaknya memberikan wang bulanan sebanyak 100 yuan (kira-kira RM62) dan melawatnya pada setiap hari kelahiran serta festival.

Sesi pendengaran yang berlangsung selama satu jam itu mencapai kata sepakat dengan anak-anak wanita berkenaan bersetuju untuk memberikan wang bulanan.


Tinggal Di Kuil Terbiar: Ibu Saman Empat Anak Kandung

Anak-anak wanita berkenaan namun tidak mencapai kata sepakat mengenai tempat tinggal serta pembahagian perbelanjaan perubatan ibu mereka.

Bagaimanapun, hakim memerintahkan kes berkenan dibincangkan lagi pada akhir bulan ini.

Kes berkenaan disertai lebih 100 penduduk tempatan dan menganggap tanggungjawab menjaga ibu bapa adalah tugas anak-anak walaupun sudah berkeluarga. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori