Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bimbang Kes Harian Covid-19...

JUMLAH kes harian Covid-19 dilaporkan didapati terus meningkat dan membimbangkan terutama kes penularan...

Tragedi Go-Kart: Polis Selesai...

KUANTAN - Polis Pahang telah mengambil keterangan wakil Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku...

“Tayang Kemewahan Hasil Tipu...

PELAKON dan penyanyi Bella Nazari baru-baru ini mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi...

Keletah Ajwad Tak Mungkin...

SEGAMAT - “Ajwad nak mainan, Ajwad nak mainan," keletah dan kata-kata yang sering...

TMJ Melangkah Ke Pentas Dunia & FAM Tetap Main Telor

KETIKA rakyat Malaysia sudah putus asa dengan nasib pasukan Harimau Malaysia yang kini menjadi pasukan belasahan dan berada dalam ranking kelas kambing, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melakar khabar gembira.

Pemilik kelab JDT itu akan menjadi satu-satunya wakil dari Asia Tenggara untuk berucap pada Persidangan Bola Sepak Dunia 2016 di Madrid, akhir bulan ini.

Kalau nak harapkan FAM, haramlah kesudahlah Malaysia tidak akan merasa pentas dunia. Pasukan kebangsaan yang konon popular itu, sebenarnya hanya mampu berada dalam kelas kambing sejak 30 tahun ini.

Ingat! 30 tahun. Bukan 3 tahun tau!

Terakhir, Harimau Malaysia hanya mampu seri 0-0 dengan Afghanistan walaupun negara itu 30 tahun dilanda perang. Afghanistan, dengan ketiadaan fasiliti sukan serta kadar pengangguran mencecah 60 peratus, masih mampu berada diranking 149.

Malaysia haram jadah sungguh. Nak sebut angka pun malu. Betul-betul di kelas kambing!

TMJ akan berada di Sepanyol dan bakal membentangkan idea bola sepak sebaris dengan tokoh-tokoh bola sepak moden termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Atletico Madrid, Miguel Angel Gil; Pengarah Besar Korporat La Liga, Javier Gomez dan Timbalan Ketua Eksekutif Pemain Bola Sepak Profesional, Bobby Barnes.

Turut serta mencetus idea pada persidangan berkelas lima bintang itu ialah Naib Presiden Jawatankuasa Olimpik Qatar, Dr. Thani Abdul Rahman Al Kuwari; Pengarah Media Twitter, David Nunez serta Pengarah Urusan Sportradar, Stefan Leibhard.


Kalau nak harap FAM dipanggil ke pentas dunia barangkali di bawah tajuk: Pasukan Kelas Kambing Dunia, Apa Kejadahnya Nasib Anda?

Itu pun kalau penganjur terfikir yang FAM masih ada otak dan idea yang bernas untuk menjelaskan nasib skuad negara yang malang dan hina itu.

Persidangan Bola Sepak Dunia 2016 itu adalah persidangan berskala besar pertama berlangsung di Sepanyol pada 27 dan 28 Oktober ini. Ia menampilkan 30 individu yang memiliki reputasi besar mewakili pasukan, media, institusi, badan bukan kerajaan dan sektor teknologi bakal membincangkan isu semasa berkaitan bola sepak pada persidangan terbabit.

Selain itu, lebih 500 wakil syarikat, pelabur dan institusi berkaitan industri bola sepak turut menyertai persidangan itu sekali gus membuka ruang kepada peluang usaha sama yang lebih signifikan.

Nasib baik ada TMJ. Haraplah FAM – main telor bolehlah! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori