Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Dubai Ada Trak Makanan...

UNIK... Menariknya! Dapur terapung yang pertama di dunia berkonsepkan seumpama trak makanan bakal...

Gadis Bungee Jumping Bogel...

PERBUATAN seorang gadis dari Hong Kong yang melakukan aktiviti lasak terjunan bungee dalam...

Putrajaya Digegar Gempa Bumi

GEGARAN dirasai di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, sebahagian Selangor, Pulau Pinang dan Perak...

Resepi Ayam Panggang Meletup...

ALHAMDULILLAH, sudah 21 hari kita menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.Haa.. mesti ada...

Deepavali: Trafik Bakal Sesak Di Pintu Masuk Singapura

SINGAPURA – Aliran trafik di pusat pemeriksaan darat Woodlands dan Tuas dijangka sesak menjelang Deepavali pada Sabtu ini, demikian menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini.

“Pengguna boleh menjangkakan trafik sesak teruk untuk keluar dari Singapura pada 28 Oktober manakala trafik masuk ke Singapura pula dijangka sesak pada 31 Oktober,” kata pihak berkuasa itu dalam kenyataan.

ICA berkata ia akan terus mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kecekapan pelepasan sebanyak mungkin tanpa menjejaskan aspek keselamatan.

“Kami meminta kerjasama orang ramai apabila menggunakan pusat pemeriksaan darat semasa waktu puncak,” katanya.

ICA turut mengingatkan pengembara supaya memeriksa dan memastikan mereka menggunakan pasport yang sah sebelum memulakan perjalanan.


“Pasport mesti mempunyai baki tempoh sah selama enam bulan atau lebih,” kata kenyataan itu.

Pihak berkuasa itu berkata pasport yang dilaporkan hilang atau dicuri tidak boleh lagi digunakan untuk perjalanan, walaupun ia telah dijumpai semula.

Sebarang cubaan untuk menggunakan pasport yang dibatalkan adalah kesalahan di bawah Akta Pasport dan boleh dihukum denda sehingga S$10,000 (RM29,800) atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori