Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

My Dad Is A...

IMPIAN setiap ayah di dunia ini sudah pastinya mahu memberikan yang terbaik buat...

Utusan Melayu Tutup Operasi...

KUALA LUMPUR - Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) akhirnya menutup operasinya selepas...

Berselera Aliff Makan Durian,...

PENGUSAHA D'Herbs, Datuk Aliff Syukri sememangnya dikenali sebagai seorang yang cukup humble bila...

Yoga Bantu Atilia Henti...

PENYANYI genit seorang ni memang dikenali sebagai salah seorang yang aktif mengamalkan senaman...

Tragedi HSA: Mangsa Terselamat Masih Kritikal

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjelaskan satu-satunya pesakit yang berjaya diselamatkan dalam insiden kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU), tingkat dua, Hospital Sultanah Aminah (HSA) kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurutnya dalam catatan menerusi Facebook beliau, mangsa yang dikenali sebagai Suppamah, melecur 80 peratus kini mendapat rawatan di Unit Kebakaran, Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.

Katanya, dalam kejadian itu 10 staf HSA turut terjejas mengakibatkan tiga daripadanya cedera sementara tujuh yang lain mengalami cedera ringan dan sedang dipantau rapi.

Tiga staf tersebut adalah dua jururawat dan seorang pelajar fisioterapi yang dikenali sebagai Nurul Ain, Suhaili dan Shafiqah malah kini dimasukkan ke ICU di Hospital Sultan Ismail.

Dalam kejadian 9 pagi semalam, enam pesakit ditemui dalam keadaan rentung selepas terperangkap di dalam wad dan gagal diselamatkan.

Mangsa yang maut iaitu empat wanita dikenal pasti ialah Choo Lin Fung, 37; Pow Ah Wah, 60; M Kaliama, 23; dan C. Neeramala Devi, 24; manakala dua mangsa lelaki dikenal pasti sebagai K. Logeswaran, 20; dan Yusuf Hasan, 53.

Noor Hisham berkata, kebakaran tersebut yang dipercayai bermula di bilik rawatan di ICU itu merebak dengan cepat dan tidak terkawal.

Beliau turut memuji tindakan staf yang membantu mengeluarkan pesakit dan tidak mengabaikan tanggungjawab walaupun terpaksa mengorbankan diri.


Menurutnya, staf yang cedera mungkin terhidu asap yang tebal dan pengsan ketika kejadian sebelum diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Keberanian mereka untuk menyelamatkan pesakit telah menyentuh hati saya kerana rasa tanggungjawab yang tinggi ditunjukkan mereka dalam insiden ini.

“Saya bangga dengan semua kakitangan yang bekerjsama sebagai satu pasukan memindahkan 477 pesakit untuk keselamatan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori