Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Menteri Mohon Masa Untuk...

KENINGAU - Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong meminta rakyat khususnya...

“Saya Tidak Campuri Urusan...

KUALA LUMPUR ā€“ Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mempunyai...

2 Termasuk Remaja Terbunuh...

IPOH - Dua lelaki, termasuk seorang remaja terbunuh manakala seorang cedera parah dalam...

Permohonan Dibuka Untuk 13...

PELUANG kini terbuka untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan isi rumah bulanan antara RM2,000...

Treler Bawa Tong Gas Ammonia Terbalik Di NKVE

SEBUAH lori treler membawa muatan tong gas terbalik di atas di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menyebabkan laluan utama menghala ke pusat bandar raya, sebelum ke Kota Damansara sesak teruk hampir tiga jam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.48 petang, kemalangan tersebut dipercayai berlaku selepas lori berkenaan yang membawa muatan ammonia itu melanggar bahagian belakang sebuah kereta.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, jenteraƂĀ bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit selepas menerima panggilan kecemasan.

Ć¢ā‚¬Å“Kemalangan turut mengakibatkan pemandu treler berusia 30-an cedera ringan manakala pemandu kereta yang dilanggar iaitu seorang wanita dan dua anaknya berusia lima dan setahun selamat.

Treler Bawa Tong Gas Ammonia Terbalik Di NKVE

Treler Bawa Tong Gas Ammonia Terbalik Di NKVE

Treler Bawa Tong Gas Ammonia Terbalik Di NKVE

Treler Bawa Tong Gas Ammonia Terbalik Di NKVE


Treler Bawa Tong Gas Ammonia Terbalik Di NKVE

Ć¢ā‚¬Å“Sebanyak 96 tong gas ammonia bergelimpangan di atas jalan raya dan hanya satu tong sahaja yang mengalami kebocoran. Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) telah menutup kebocoran,Ć¢ā‚¬Ā katanya.

Kemalangan menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh 10 kilometer manakala laluan alternatif keluar di jalan Lapangan Terbang Subang turut terkesan teruk.

Bagaimanapun perkembangan terkini dilaporkanƂĀ keadaan sudah kembali terkawal dan selamat untuk pengguna jalan raya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori