Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelabur Global ‘Lari’ Selepas...

KUALAMLUMPUR - Setahun selepas berlangsungnya pilihan raya paling bersejarah di Malaysia, euforia rakyat...

Maut Dihempap Tangki Dedak

SELAMA - Seorang pekerja warga Myanmar maut dihempap tangki dedak ayam di sebuah...

Hubungan Melaka-Guangdong Buka Peluang...

MELAKA - Hubungan dua hala antara Melaka dan wilayah Guangdong di China akan...

Penumpang ‘Bertuah’ Naik Pesawat...

SEORANG penulis warga Scotland yang membayar hanya £46 (RM256) untuk penerbangan ke Greece...

Tren Tergelincir: Satu Landasan Telah Boleh Dilalui

KUALA LUMPUR – Salah satu daripada landasan keretapi yang terjejas akibat insiden tren kargo tergelincir di kilometer 200.332 antara Kota Bharu-Lahat berhampiran Stesen Batu Gajah, Perak pada 28 Oktober 2016 boleh dilalui pada pukul 3 petang ini.

Unit Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja mengalihkan gerabak-gerabak yang tergelincir itu telah selesai dan kini kerja-kerja membaiki landasan yang terlibat sedang giat dijalankan.

“Perkhidmatan tren bagaimanapun dijangka mengalami kelewatan melebihi 30 minit kerana akan menggunakan satu laluan sahaja,” kata kenyataan itu hari ini.

Kata kenyataan itu, penumpang yang tidak ingin meneruskan perjalanan dengan tren hari ini boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh atau menukar tarikh perjalanan di kaunter tiket stesen-stesen berdekatan anda.

“KTM Berhad memohon maaf di atas segala kesulitan. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 atau layari laman sesawang rasmi KTM Berhad di www.ktmb.com.my,” kata KTMB. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori