Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Seks Dalam Bilik Persalinan...

SENSASI internet..sebuah video seks yang dirakam di dalam bilik persalinan kedai baju popular,...

Perak Bakal Perinci Barang...

LUMUT - Kerajaan negeri Perak akan memperincikan barangan di Pulau Pangkor di sini...

Monyet Pandai Selfie Gagal...

ADILKAH? Naruto, seekor monyet yang popular kerana pandai mengambil gambar selfienya sendiri  tidak...

Kerani Ditemui Maut Dibungkus...

PETALING JAYA - Bau busuk di dalam sebuah unit apartmen mendedahkan penemuan seorang...

Tubuh Unit Integriti IPT, Taklimat Rasuah Dalam Orientasi

KUALA LUMPUR – Tindakan drastik perlu dilakukan segera bagi membendung gejala rasuah dalam kalangan pelajar dan pensyarah di institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menaikkan gred pencapaian, kerana ia akan memberi kesan kepada kualiti graduan dan sektor pekerjaan.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa mencadangkan satu unit integriti diwujudkan di semua IPT, dengan antara peranannya ialah melakukan audit dalaman setiap pensyarah termasuk pemarkahan yang diberikan kepada pelajar.

“Jika kerja-kerja mereka ini diaudit pasti dapat dikesan jika pensyarah ini memberikan markah yang tidak sepatutnya kepada seseorang pelajar itu, begitu juga dengan kakitangan lain. Jika terbukti tindakan tegas perlu diambil dan dilapor kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

“Kita tidak mahu IPT menjadi ‘medan’ menghasilkan individu yang tidak berintegriti,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

SPRM dalam laporan akhbar hari ini mengesahkan wujud perlakuan rasuah membabitkan pelajar IPT menawarkan habuan wang kepada pensyarah untuk menaikkan gred pencapaian akademik dan lulus peperiksaan.

Zambri bagaimanapun memohon SPRM memberikan butir terperinci tentang dakwaan berkenaan kerana ia berkaitan imej mahasiswa lepasan IPT negara ini.

“Kita perlukan perincian, jika ada pendakwaan, di IPT mana? Siapa pensyarah dan pelajar yang terlibat? Kita tidak mahu mahasiswa kita dicop lulus kerana bagi wang kepada pensyarah, apa kualiti ijazah mereka?,” katanya.

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Parlimen Menangani Rasuah Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata menjadi kekhuatiran pelajar yang akan menceburi alam pekerjaan ini akan meneruskan amalan mereka memberi atau mengambil rasuah dalam karier mereka.

“Oleh itu tindakan drastik perlu diambil pihak pendidikan tinggi dan SPRM dalam mengatasi isu ini,” katanya.


Untuk itu, beliau yang pernah bertugas sebagai pensyarah mencadangkan supaya penerangan mengenai integriti dimasukkan dalam slot orientasi atau kurikulum IPT negara ini bagi mengelakkan gejala itu berterusan.

Beliau berkata kempen kesedaran mengenai integriti juga perlu digerakkan dengan aktif dalam perjumpaan antara pentadbiran IPT dan mahasiswa serta kakitangan kampus.

“Ini berkaitan dengan integriti intelektual yang telah terhakis, selain pelajar, pihak pensyarah juga perlu diingatkan dengan etika dan akujanji ketika mereka memulakan tugas sebagai warga pendidik,” katanya.

Irmohizam yang juga Presiden Majlis Gabungan Belia Negeri Selangor berkata kegiatan pelajar merasuah pensyarah untuk mendapat gred baik adalah amat serius dan pesalah perlu dikenakan tindakan tegas.

IPT sendiri, katanya perlu bekerjasama menyalurkan maklumat kepada SPRM bagi mengesan individu yang melakukan kerja terkutuk berkenaan.

“Pihak yang melakukannya perlu dikenal pasti dan tindakan tegas perlu diambil jika terbukti benar kerana ia akan menghakis dan mencalar kredibiliti mahasiswa dan tenaga pengajar di negara ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori