Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Cuepacs Ikrar Terus Jadi...

IPOH - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berikrar untuk terus menjadi...

Kilang Penapisan Gula Terbesar...

JEMPOL - Pembinaan kilang penapis gula terbesar Malaysia di Tanjung Langsat, Johor telah...

Model Wajah Hodoh Hiasi...

AGENSI dikenali sebagai Ugly Model menarik perhatian dunia apabila menyediakan perkhidmatan model hodoh...

Triathlon Wanita Berakhir Di...

PALEMBANG – Atlet triatlon negara, Irene Chong See Win dan Teoh Sue Ling...

Tun M Pening Khairuddin Pula Tiba-Tiba Keluar PPBM

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad sendiri pening tidak tahu ‘orang kuatnya’ sendiri, Khairuddin Abu Hassan bertindak keluar parti itu.

Menurut bekas perdana menteri itu, beliau perlu berjumpa dan mendengar penjelasan terlebih dahulu, sebelum menjawab persoalan misteri mengapa Khairuddin tergamak bertindak sedemikian rupa secara tiba-tiba pula.

“Saya tidak tahu, saya tidak dengar lagi kenyataan dari dia. Tidak tahu, perkara itu betul atau tidak. Saya kena cakap dengan beliau dahulu,” kata Mahathir yang turut kelihatan terpinga-pinga apabila diajukan soalan cepumas itu.

Beliau yang juga mantan presiden UMNO dan Barisan Nasional selama 22 tahun itu berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran dua buku yang dihadirinya di Yayasan Al Bukhary di sini lewat Jumaat.

Semalam, Khairuddin dalam kenyataannya mengumumkan keluar daripada PPBM secara mengejut dan mendakwa konon terpaksa berbuat demikian untuk mempersiapkan dirinya menghadapi beberapa kes besar di mahkamah.

“Dalam masa yang sama saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat yang masih lagi berada bersama parti Bersatu (dibaca: PPBM) dan berharap mereka menggalaskan tanggungjawab secara beramanah.

“Saya kini perlu memberi fokus secara sepenuh masa bagi menghadapi beberapa perbicaraan penting di mahkamah (kononnya) untuk melawan segala bentuk kemungkaran korupsi dan salah laku institusi-institusi kerajaan.

DAP Risau Ayat 'Bermandi Darah' Baju Merah

“Secara jujur dan ikhlas semua pemimpin dan ahli parti tidak boleh berpuak dan jangan sama sekali tiru budaya serta amalan buruk UMNO ke dalam Bersatu (dibaca: PPBM),” kata Khairuddin dalam kenyataannya pada Khamis.


Tindakan itu turut mengejutkan pelbagai pihak memandangkan ‘tiada angin atau ribut’ membadai PPBM dan ia cetus spekulasi bahawa parti tersebut sebenarnya sedang menghadapi masalah dalaman yang cuba disorokkan.

Khairuddin hanya berani menyertai PPBM pimpinan Mahathir dengan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan lalu walhal sebelum itu beliau berulang kali menegaskan tidak akan sama sekali menyertai parti kecil tersebut.

PPBM diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 9 September namun setakat ini tidak menyertai Pakatan Harapan dianggotai DAP, PKR dan PAN atau Gagasan Sejahtera yang disertai PAS, Ikatan dan Berjasa.

Sebelum PPBM ditubuhkan, nama Khairuddin disebut-sebut sebagai bakal setiausaha agung parti namun akhirnya, ‘orang kuat’ Muhyiddin, Datuk Shahruddin Md. Salleh dilantik mengisi jawatan penting berkenaan awal bulan ini.

ADUN Jorak di Johor itu bertindak keluar UMNO setelah terdengar ura-ura beliau ditawarkan jawatan tersebut sebelum disingkirkan Kementerian Pendidikan sebagai Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Ini kerana jawatan di ITBM itu dicadangkan Muhyiddin sewaktu menjadi Menteri Pendidikan dan kebetulan Shaharuddin dipecat susulan isu kontroversi institut tersebut di Pesta Buku Antarabangsa Indonesia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori