SEORANGÂ peguam dan aktivis, Siti Kasim yang ‘berani’ menunjukkan isyarat lucah ketika menghadiri program wacana dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, malam ini.
Perkara itu dikongsikan Siti Kasim di laman Facebooknya hari ini dengan menjelaskan pertemuannya dengan seorang pegawai polis kira-kira jam 8 malam.
Pada program forum pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355) di Shah Alam pada September lalu, Siti Kasim ‘menghadiahkan’ isyarat jari tengah kepada peserta yang menganggunya ketika bertanyakan soalan.
Ketika itu, Siti berdiri mempersoalkan mengapa orang Islam di negara ini dipaksa mematuhi Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara sedangkan ia ‘antara saya dan Tuhan’.
Baca: Peguam Tunjuk ‘Jari Tengah’ Selepas Diejek Peserta Wacana
Beliau bagaimanapun berkata tidak kesal dengan tindakan peserta yang dirujuknya sebagai ‘Islamofascists’Â dan didakwa mengganggunya terlebih dahulu.
“Adakah saya menyesal melakukannya? Dalam keadaan ini saya tidak mempunyai cara lain untuk menyatakan rasa meluat saya kepada mereka yang mengganggu saya.
“Ya, saya akan lakukan apa saja untuk mereka yang berhak dapat one finger salute.
“Tegakkan perlembangaan dan jangan biarkan Islamofascists ini menentukan untuk kita,†tulisnya di Facebook.
Siti juga turut meluahkan rasa marahnya dengan memuat gambar isyarat jari tengah dengan slogan ‘Hold your head high and your middle finger higher’Â (Angkat kepala anda tinggi dan jari tengah anda lebih tinggi lagi). – MYNEWSHUB.CC