Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Dua Beradik Kongsi Rezeki...

SEGAMAT - Ć¢ā‚¬Å“Kami tidak pernah rasa terbeban memelihara kucing ini, bahkan ada saja...

Kanak-Kanak 3 Tahun Cedera...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera selepas dikelar oleh bapa kandungnya di...

Imigresen Kedah Tahan 19...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 19 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)...

Tinggal 20 Voucher Sahaja...

DAH hampir seminggu kami jual voucher untuk bilik pada harga murah di Lexisā€¦...

KKM Larang Penggunaan Produk Aman Liquid

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menggesa orang ramai mengelak daripada membeli dan mengguna produk tradisional Aman Liquid kerana dikesan mengandungi racun yohimbine.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pendaftaran produk itu telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 27 September lalu berikutan pengesanan bahan racun itu.

“Orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, yohimbine adalah sejenis alkaloid yang kebiasaannya diperolehi daripdaa tumbuhan puasinystalia yohimbe dan digunakan dalam rawatan kegagalan erektil.

Bagaimanapun, katanya, yohimbine tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional.

Jelasnya, penggunaan yohimbine secara tidak terkawal boleh menyebabkan kesan advers serius seperti peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, keresahan, insomnia, halusinasi dan mania.


“Yohimbine boleh memberikan kesan mudarat kepada golongan tertentu seperti perempuan mengandung, pesakit darah tinggi, jantung, buah pinggang atau hati,” katanya.

Justeru, katanya, penjual dan pengedar produk itu diberi amaran supaya menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Jelasnya lagi, penjual adalah diingatkan pemilikan produk itu untuk jualan melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori