Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kastam KLIA Rampas 12.09...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

Pasangan Suami Isteri Tak...

AMPANG : Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas tuduhan menganiaya hingga menyebabkan...

PRK DUN Mahkota 28...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Dron Awasi Kesalahan Lalu...

BEIJING - Dron kini digunakan bagi mengesan kesalahan lalu lintas di bandaraya Jinan,...

Umat Islam Bantah RUU355 Diminta Ingat Mati

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS meminta umat Islam yang menentang pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) supaya mengingati mati.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pihak yang menentang usaha PAS untuk meminda akta tersebut perlu mengingati bahawa setiap manusia akan mati dan dipersoalkan oleh Allah S.W.T

“Ulama meletakkan kaedah: Sesuatu perkara wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib.

“Kenapa perkara yang semudah ini nak dipolemikkan sampai timbul isu kafir-mengkafir dan seumpamanya.

“Semua kita akan mati dan dipersoalkan oleh Allah. Tepuk dada tanya iman masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dibentangkan oleh PAS di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.

Usaha itu bagaimanapun mendapat tentangan hebat pemimpin Pakatan Harapan termasuk yang beragama Islam kerana mendakwa ia strategi PAS untuk melaksanakan hudud di Malaysia.


Pemimpin DAP mendakwa hudud bercanggah dengan Perlembagaan Negara, perundangan lapuk, ketinggalan zaman dan mengundang bias kepada golongan lemah terutama kaum wanita.

Pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) pula mendakwa usaha PAS itu menimbulkan banyak kekeliruan dan keresahan bukan Islam dan ia sebenarnya propaganda politik PAS.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menyifatkan hasrat PAS itu sangat membimbangkan terutama berhubung skop hukuman ke atas pesalah syariah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori