Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pastikan Hukuman Setimpal Jenayah...

PUTRAJAYA - Kenyataan seorang anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Warga M’sia Terlibat Sindiket...

SUNGAI GOLOK - Polis Thailand menahan seorang warga Malaysia di pekan Sungai Golok...

Kakitangan Awam Teruja Bayi...

PUTRAJAYA - Seorang kakitangan awam tidak menyangka bayinya yang dilahirkan seminggu lebih awal...

Jet F7 Terhempas, Dua...

DUBAI: Dua juruterbang Iran maut selepas jet pejuang F7 yang dinaiki terhempas berhampiran...

Umat Islam Perlu Tentang Ancaman Daesh

SERDANG – Ekstremis radikal seperti Daesh dan kelompok pelampau yang menjadikan liberalisme sebagai pegangan merupakan ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan negara yang perlu ditentang habis-habisan oleh umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kini negara berhadapan dengan corak ekstremis yang pelbagai bentuk wajahnya.

“Ekstremis radikal seperti Daesh membuat onar mencalar kesucian wajah Islam yang sebenar.

“Maka, di sinilah peri pentingnya umat Islam membina kekuatan dengan menyemai semangat persaudaraan dan ukhuwah Islamiah, membentuk persefahaman dan kesatuan fikiran, bagi menjamin kesucian dan kedaulatan Islam dalam negara,” katanya pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1438H di Taman Eskpo Agropertanian Serdang hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat pada majlis yang bertemakan ‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis serta Ketua Setiuasaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.


Jamil Khir berkata sebarang perbezaan pendapat yang tidak melibatkan asas aqidah dan syariat hendaklah berlapang dada serta menerima pandangan pihak lain secara terbuka tanpa ada perasaan bermusuhan.

“Hayatilah bagaimana perbezaan pendapat di kalangan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam bab furu’ (cabang agama Islam) tidak menjadikannya sebagai punca perpecahan di kalangan masyarakat Islam,” katanya.

Jamil Khir berkata pembinaan kekuatan ‘ukhuwah Islamiah’ seharusnya menjadi agenda utama kepada umat Islam di negara ini.

“Kita umat Islam perlu menyedari bahawa pepecahan adalah satu elemen yang boleh membawa kerosakan bukan sahaja kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat bahkan boleh menghancurkan sesebuah negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori