Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Semak, Bayar Kompaun Trafik...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini melancarkan aplikasi mudah...

Yuna Beri Nasihat Berkaitan...

PELANTUN lagu Lelaki, Yuna sudah tidak asing lagi dalam industri tempatan mahupun antarabangsa....

Jin Wei Mara Ke...

KUALA LUMPUR - Juara Remaja Dunia, Goh Jin Wei meneruskan aksi cemerlangnya untuk...

Baki Akaun Najib RM103,363.82

KUALA LUMPUR - Saksi pendakwaan ke-21, R. Uma Devi memberitahu tiga akaun Datuk...

UMNO Kelantan Wujudkan Semula Program Jelajah

JELI – UMNO Kelantan mewujudkan semula program Jelajah Gelombang Merah yang kali ini lebih bersifat mesra rakyat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata program itu yang pertama kali diperkenalkan UMNO Kelantan ketika menghadapi PRU13 lalu, dirancakkan semula dengan format baharu yang melibatkan seluruh pimpinan UMNO di peringat negeri, bahagian dan cawangan.

“Terdapat penambahbaikan dalam pengisian program Jelajah Gelombang Merah kali ini iaitu ia lebih bersifat santai dan mesra rakyat.

“Konsep ini dilihat penting kepada kami bagi menaikkan lagi semangat rakyat di negeri ini untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam usaha memastikan PRU14 milik kami di Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Gelombang Merah peringkat UMNO Bahagian Jeli di sini, hari ini.

Mustapa berkata antara aktiviti yang dilaksanakan ialah gotong royong membersihkan kawasan kemudahan awam, sukan rakyat, persembahan kebudayaan, pemeriksaan kesihatan, pameran dan jualan, serta penjelasan isu-isu semasa.

Beliau berkata program Jelajah Gelombang Merah ini akan pergi ke setiap 14 bahagian UMNO di negeri ini secara bergilir-gilir, sehingga menjelangnya PRU14.


Menurut Mustapa pihaknya menyasarkan kira-kira 5,000 orang akan hadir pada setiap program itu diadakan, dan rakyat akan berpeluang mendapat penjelasan bagi pelbagai isu semasa.

Ditanya mengenai kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kelantan, Mustapa berkata pihaknya memantau perkara tersebut.

“(Bagaimanapun) Setakat ini, pertambahan anggota baharu di setiap bahagian UMNO begitu banyak,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori