Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Peserta Terjun Tapak, Maut...

PUTRAJAYA - Seorang peserta terjun tapak, maut selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan latihan...

Mahkamah Tunggu Maklum Balas...

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan masih menunggu maklum balas Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap...

Perut Berlubang Selepas Tertelan...

BRISSTOL (Britain) - Seorang wanita mengalami kecederaan dalaman termasuk perut berlubang selepas tertelan...

“Jika Adib Ditarik Keluar,...

SHAH ALAM - Saksi ke-24 inkues prosiding kematian Muhammad Adib Mohd Kassim menolak...

Unit K9 Digunakan Bagi Mengesan Mangsa Hilang

HULU TERENGGANU – Usaha mengesan seorang warga emas yang hilang di kampung Tengkawang di sini sejak tiga hari lalu diteruskan dengan menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9).

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Mohd Ishak Hamzah berkata dua ekor anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat serta seekor dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) digunakan bagi mempercepatkan pencarian.

Beliau berkata pihaknya juga menukar strategi pencarian di sekitar kawasan kampung termasuk di sungai dan tidak tertumpu di kebun getah serta dusun buah-buahan sahaja.

“Radius pencarian diperluaskan sehingga lima kilometer dari kawasan rumah mangsa dalam operasi memasuki hari kedua ini dan setakat ini tiada sebarang petunjuk baharu ditemui.

“Pencarian lebih tertumpu di sekitar kawasan kampung berdasarkan maklumat penduduk setempat ada melihat kelibat mangsa di sekitar kampung pada petang Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.


Saodah @ Bidah Ibrahim, 73, dikhuatiri hilang di dalam kebun getah dan dusun buah-buahan, kehilangan itu disedari anak dan menantunya kira-kira pukul 5 petang Sabtu.

Kira-kira pukul 9 pagi semalam penduduk kampung turut menemui parang bersama daun palas dipercayai milik mangsa kira-kira 50 meter dari kawasan kebun getah dan dusun buah-buahan.

Sebanyak 75 anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam, Rela, Bomba Sukarela serta penduduk kampung menyertai operasi yang dimulakan pukul 9 pagi ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori