Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Awie – ‘Saya Akan...

JIKA dulu, pelakon dan penyanyi Awie hanya bekerja untuk mencari rezeki bagi memenuhi...

Mengapa Malaysia Masih Dalam...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan peguam mendesak penjelasan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengapa...

Allahyarham Nik Aziz Tokoh...

BAU - Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah seorang tokoh politik...

Akhirnya.. Zul Ariffin Dedah...

AKHIRNYA Zul Ariffin membuka mulut tentang isu kontroversi gambarnya yang tersebar sedang berpelukan erat...

Universiti Awam Perlu Pertingkat Dana Tabung Wakaf – Idris

KUALA LUMPUR – Universiti Awam (UA) perlu berusaha meningkatkan dana tabung wakaf masing-masing sebagai sumber penjanaan alternatif, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memulakan penubuhan tabung itu pada 2007 kini mempunyai kira-kira RM364,000, Universiti Putra Malaysia (UPM)(RM7.43 juta), manakala Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)(RM4.24 juta).

Selain itu, Idris berkata Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut mempunyai tabung wakaf, manakala Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dijadual melancarkan tabung wakafnya esok.

“Kita berharap setiap UA akan dapat menubuhkan tabung wakaf masing-masing menjelang akhir tahun ini,” katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Idris menjawab pertanyaan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) mengenai pendirian dan perancangan kementerian tentang cadangan mewujudkan dana wakaf pendidikan tinggi di peringkat persekutuan.

Beliau menjelaskan dana wakaf pendidikan tinggi hanya di peringkat UA dan bukan di peringkat persekutuan.


Menjawab soalan tambahan Nasrudin mengenai langkah kerajaan bagi menarik penyertaan lebih banyak sektor korporat dalam dana wakaf pendidikan tinggi, beliau berkata usaha itu akan terus dilaksanakan.

“Satu pasukan telah ditubuhkan untuk memberitahu rakyat khususnya orang Islam supaya mereka lebih memahami konsep wakaf itu sendiri. Budaya untuk menderma dan wakaf itu patut ada di negara ini.

“Dengan penerangan yang mereka bawa, diharap lebih ramai yang ingin mewakafkan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori