Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Pencerahan Video Sensasi...

KECOH di media sosial hari ini apabila sebuah video yang memaparkan seunit iPhone...

Lelaki Ditahan Bersama Dadah...

KUANTAN – Seorang lelaki ditahan bersama dadah yang dianggarkan bernilai RM64,500 di dalam...

PDRM Cadang Adakan Semula...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan satu inkues diadakan semula berhubung...

Wanita Ini Kongsi Sebab...

INI mungkin kedengaran gila dan merepek. Tapi inilah luahan sebenar seorang perempuan yang sudah...

‘Ustak Ipang’ Makin Tersohor Di Terengganu

KUALA NERUS - Sejak muncul di pentas bersama penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan mendapat liputan akhbar, populariti ‘Ustak Mat Ipang’ semakin meningkat naik.

Ia mencetuskan fenonema tersediri apabila kerap dipanggil untuk menyampaikan ‘ceramah’.

Malah, Muhammad Irfan Yusmanizam, 6, semakin yakin dan selesa bercakap di depan orang ramai, tidak seperti kemunculan sulungnya di pentas hampir tiga minggu lalu.

Terbaharu, kanak-kanak berkenaan menjadi undangan khas untuk menyampaikan ceramah di depan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd. Rahman dan isteri, Halina Zakaria.

Dia menjadi tumpuan Majlis Perasmian Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika dan Karnival Kemas Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2016 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Kampung Telaga Batin, di sini, kelmarin.

“Ni ustak nak pesan, jangan derhaka kat mak, tak baik, nanti masuk neraka jahanam. Sekarang ni banyak sungguh kita lihat anak derhaka kat mak… anak mende (apa) gitu (begitu).


“Yang emak pula, jangan tohok (buang) anak, tak baik. Banyak sangat dengar berita mak tohok anak… mak mende itu,” antara petikan ceramah disampaikan Muhammad Irfan.

Ia sekali gus menggamatkan suasana dan menghiburkan lebih 1,000 hadirin yang datang ke majlis tersebut. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori