Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dewan Negara Lulus RUU...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan...

The Forbidden City, Selamat...

CHINA sangat terkenal dengan pelbagai binaan yang begitu berseni dan mempunyai nilai tinggi....

Dokumentari Al Jazeera: Komen...

KUALA LUMPUR - Komen bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai filem...

Didakwa Terlibat Rasuah, Menteri...

JAKARTA - Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi hari ini menemui Presiden,...

Vaksin Denggi: Belum Ada Keperluan Ikut Jejak Singapura

KUALA LUMPUR – Masih belum ada keperluan bagi Malaysia mengikut langkah Singapura yang dilapor meluluskan penggunaan vaksin denggi pertama di dunia, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.
Beliau berkata satu jawatankuasa pakar masih lagi mengkaji penggunaan vaksin yang dikenali sebagai Dengvaxia bagi merawat pesakit demam denggi di negara ini.

“Kami masih meragui tahap keberkesanan vaksin itu. Oleh itu, tiada keperluan bagi mendaftar vaksin tersebut di negara ini buat masa sekarang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau sebelum itu melancarkan kolaborasi antara Institut Jantung Negara (IJN) dan kad Visa.
Turut hadir, Pengerusi IJN Tan Sri Dr Mohd Nasir Mohd Ashraf, Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Seri Mohd Azhari Yakub dan Pengurus Visa Malaysia, Ng Kong Boon.

Selasa lalu, laporan media di Singapura menyebut Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) meluluskan penggunaan vaksin itu susulan kajian selama tujuh bulan berhubung risiko dan faedahnya.


Sementara itu, dalam ucapannya, Hilmi berkata kolaborasi antara IJN dan Visa adalah detik penting bagi kedua-dua pihak dalam usaha menggalakkan kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala.

Menerusi kolaborasi itu, pemegang kad Visa boleh menikmati keistimewaan dan pakej khas, menerusi diskaun antara 15 dan 25 peratus untuk pakej kesihatan IJN.

Promosi itu berkuat kuasa serta-merta sehingga Dis 2017, dan manfaat itu boleh digunakan pemegang kad tempatan dan antarabangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori