Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Menteri Beri Amaran Pengusaha...

KUALA LUMPUR - Pengusaha kilang di sekitar Pasir Gudang diingatkan tidak membuang sisa...

Aktiviti Ekstrem Anak Kecil...

PUTRAJAYA - Tindakan ibu bapa melakukan aktiviti ekstrem bersama anak kecil membelakangkan hak...

Lagu ‘PPAP’ Masuk Carta...

AMERIKA SYARIKAT - Lagu ‘Pen Pineapple Apple Pen’ atau PPAP mungkin kedengaran aneh...

Kes Saman Fitnah Najib...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah Datuk...

Video: Ayah ‘Tangkap’ Anak Dengan Tokan Dadah

KESANGGUPAN seorang lelaki yang bergelar ayah ‘menangkap’ anaknya bersama ‘tokan’ dadah di sebuah pusat beli-belah di Kuala Terengganu, Terengganu mendapat pujian netizen.

Ini susulan sebuah video yang memaparkan situasi bagaimana seorang ayah cuba menyelamatkan anaknya daripada membeli dadah daripada seorang ‘tokan’.

Dalam video yang berdurasi 3.04 minit itu, berlaku pertengkaran di antara ayah tersebut dengan anaknya apabila mendapati anak lelakinya membeli dadah daripada seorang lelaki.

Video: Ayah 'Tangkap' Anak Dengan Tokan Dadah

Video: Ayah 'Tangkap' Anak Dengan Tokan Dadah

Ayah tersebut berjaya merampas beg yang mengandungi dadah dan mempersoalkan satu paket serbuk yang dipercayai dadah jenis Syabu kepada anaknya dan tokan itu.

Berlaku pertengkaran di antara mereka sebelum sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertindak menyerbu dan menahan kedua-dua mereka.

Kejadian itu menyebabkan orang ramai di pusat beli-belah itu berkumpul bagi melihat sendiri serbuan dan ada juga mengambil peluang merakam kejadian tersebut.


“Ini adalah syabu, ais. Ini yang terjadi dengan anak saya. Anak saya jahanam, masyarakat jahanam,” kata Ayah tersebut.

Rakaman video tersebut menjadi viral di laman sosial hari ini dan netizen memuji tindakan ayah itu yang sanggup berkerjasama dengan AADK untuk menahan pengedar dadah dan anaknya.

“Hormat pada pakcik ini, sebagai ayah yang sangat sayangkan anak dia sampai sanggup tahan malu untuk betulkan anak dia,” tulis Nik Nurulhuda di laman Facebook.

Bagaimanapun, situasi dalam video berkenaan adalah ‘flash mop’ kelolaan AADK yang diadakan petang semalam.

Ia diadakan di pasar raya Mydin, Kuala Terengganu kira-kira jam 4 petang bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk membanteras najis dadah yang merupakan antara musuh nombor satu negara. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori