Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Banjir Monsun Timur Laut...

KUALA LUMPUR: Banjir yang diramal akan dibawa hujan lebat Monsun Timur Laut ke...

Ronaldo Selamatkan Maruah Juventus

MILAN - Cristiano Ronaldo tampil dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol penyamaan lewat...

Model Tak Cukur Bulu...

SEORANG model Sweden mendedahkan dia telah diugut akan dirogol dan dibunuh selepas menjadi...

Usah Provokasi Masa Hari...

PORT DICKSON - Polis mengingatkan penyokong semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya...

Video: Bawa Lari Bini Orang, Si Suami Pula Diacu Pistol

SUDAHLAH membawa isteri orang, kemudian diacukan pula pistol pada suami wanita berkenaan dalam satu kejadian di Alor Setar, Kedah, Jumaat lalu.

Insiden berlaku apabila dua lelaki disyaki membawa keluar dua wanita berusia 30-an tanpa kebenaran suami wanita terbabit untuk beberapa hari dan tidak pulang ke rumah.

Perkara berkenaan akhirnya diketahui oleh suami wanita terbabit yang berusia dalam 30-an yang bertindak memintas kenderaan suspek di hadapan sebuah restoran di Jalan Sultanah Bahiyah, kira-kira jam 2 petang.

Menerusi rakaman video berdurasi 13 saat, suspek yang berkasut merah itu dilihat cuba mengugut mangsa dengan mengatakan dia mempunyai sepucuk revolver di sisinya.

“Awat pulak awak bawa pistol ni?” kata suami wanita itu sambil menunding jari ke arah suspek.

Difahamkan, orang awam yang menyaksikan kejadian kemudian bertindak membantu suami wanita itu untuk menenangkan keadaan.

Susulan kejadian, polis bertindak menahan dua individu berkenaan yang dipercayai kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selepas kedua-duanya menyerah diri di Balai Polis Kepala Batas.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nashir Ya berkata, kedua-dua lelaki berusia 33 dan 36 tahun itu ditangkap pada jam 9 malam.

“Dalam kejadian pada 21 Oktober itu, seorang daripada suspek itu kemudian mengeluarkan Revolver dan mengacukan ke arah suami.

“Polis turut merampas revolver bersama lima butir peluru dari seorang daripada suspek berkenaan.

“Kita juga sedang menyiasat pemilik sebenar senjata api yang dirampas itu,” katanya lagi.

Suspek kini direman sehingga 27 Oktober dan kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori