Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kes Lahad Datu: Keputusan...

PUTRAJAYA — Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusannya bagi rayuan akhir oleh sembilan rakyat...

Perluaskan Tanaman Jagung Bijirin...

TEMERLOH – Tanaman jagung bijirin untuk makanan haiwan ternakan akan diperluaskan dalam usaha...

Makmal Spesifikasi NBOS-PILS Perlu...

TAWAU - Pembinaan konsep makmal spesifikasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan-Program Inisiatif Libat Sama...

Bekas Atlet Baling Tukul...

KUALA LUMPUR - Bekas atlet baling tukul besi negara, Semret Singh meninggal dunia...

Video: Mudah Jer Warga Asing Pecah Masuk Rumah Orang

KUALA LUMPUR – Satu rakaman litar tertutup (CCTV ) berjaya membongkarkan kegiatan tiga orang warga asing memecah masuk sebuah rumah di ibu negara.

Menerusi perkongsian video di laman Facebook Friends Of PDRM,  kelihatan seorang warga asing sedang menaiki tangga, diikuti seorang rakannya yang sedang menggalas sebuah beg berwarna hitam.

Tiba di hadapan sebuah rumah, mereka mengeluarkan sebuah pemotong besi sementara seorang lagi rakan subahat mereka tiba di lantai sama.

Warga asing itu kemudiannya memotong mangga pada gril rumah itu sambil rakan-rakan subahatnya memerhati keadaan sekeliling.

Kelihatan amat senang apabila mereka dengan mudahnya dapat bolos masuk ke rumah itu selepas berjaya memotong mangga tersebut.


Perkongsian rakaman video itu mendapat perhatian daripada netizen yang terkejut kerana warga asing pun sudah berani memecah masuk rumah dengan mudah.

Selain itu, seorang netizen berkongsi pengetahuannya mengenai warga asing Vietnam yang sering memecah masuk kedai yang terdapat di sini.

Susulan itu, orang ramai diingatkan untuk berhati-hati ketika meninggalkan rumah tanpa pengawasan sesiapa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori