Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Saintis Temui Bukti Minum...

KOPI merupakan antara salah satu minuman favourite ramai yang sangat popular. Bagi penggemar kopi,...

Isteri Direman Bantu Siasat...

MUAR — Polis hari ini mendapatkan perintah mahkamah untuk mereman seorang wanita muda...

COVID-19: EU Belanja AS$2.7...

BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah menerima mandat bagi melakukan rundingan pembelian awal vaksin COVID-19, menurut Pesuruhjaya Kesihatan Kesatuan Eropah (EU), Stella Kyriakides.

170 Pegawai, Anggota PDRM...

GOPENG – Seramai 170 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)...

Video: Penunjuk Perasaan ‘Dilenyek’ Van Polis Filipina

TIDAK cukup disimbah dengan gas pemedih mata, polis Filipina terpaksa melanggar penunjuk perasaan dengan van ketika perhimpunan anti-Amerika Syarikat (AS) di Manila, semalam.

The Guardian melaporkan, sekurang-kurangnya tiga aktivis pelajar cedera selepas van yang dipandu seorang anggota polis melanggar penunjuk perasaan di luar bangunan Kedutaan AS di Roxas Boulevard.

Siaran televisyen tempatan menunjukkan visual sebuah van polis diserang dengan batu dan bom petrol sebelum dikepung oleh penunjuk perasaan.

Penunjuk Perasaan 'Dilenyek' Van Polis Filipina

Penunjuk Perasaan 'Dilenyek' Van Polis Filipina

Dalam rakaman video berkenaan, van polis bertindak melanggar penunjuk perasaan dan ia dipandu dalam keadaan berbahaya menyebabkan orang ramai lari bertempiran menyelamatkan diri.

Van polis berkenaan dipandu secara berulang alik ke hadapan dan belakang kira-kira 20 meter hingga ada penunjuk perasaan ‘dilenyek’ dengan van tersebut.

Susulan kejadian itu, polis menahan 29 orang manakala 10 orang penunjuk perasaan dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.


Renato Reyes, Setiausaha Agung kumpulan berhaluan kiri Bayan (Negara), berkata himpunan itu bagi mendesak tentera AS dikeluarkan dari Mindanao di selatan Filipina.

“Polis tidak sewajarnya bertindak ganas kerana ini tunjuk perasaan aman. Polis Filipina masih bertindak seperti ‘suruhan’ AS,” katanya.

Hubungan Filipina dan AS tegang selepas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengancam memutuskan hubungan dengan kuasa dunia itu berikutan Presiden Barack Obama mengecam tindakannya dalam memerangi dadah.

Duterte mengisytiharkan perang terhadap pengedar dan penagih dadah menyebabkan kira-kira 2,300 orang mati, sebahagian besarnya ditembak sama ada oleh polis atau pihak lain.

Bagaimanapun, Duterte kemudian menyatakan Filipina akan mengekalkan kerjasama pertahanan dengan tentera AS. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori