Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Imigresen Pulau Pinang Tahan...

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan lebih 100 warga asing termasuk...

‘Budak Sekolah’ Langgar Polis...

SEREMBAN - Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun dikenakan bon berkelakuan baik selama...

PdPR: Beri Peluang Guru,...

KUALA LUMPUR - Baru hampir seminggu sesi persekolahan bermula, wujud rasa ketidakpuasan hati sesetengah...

Zulhasnan Rafique Dilantik Duta...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melantik Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique sebagai Duta Besar...

Video: Wajib Cium Bos Setiap Pagi Sebelum Kerja

SANGGUPKAH anda bekerja dengan majikan yang mewajibkan anda mencium pegawai atasan setiap pagi sebelum memulakan kerja?

Namun itulah peraturan pelik sebuah syarikat menjual peralatan membuat minuman di Beijing kononnya bagi mengeratkan hubungan antara pekerja dengan pegawai atasan.

Menurut laporan Shanghaiist, setiap pagi kakitangan wanita perlu berbaris dan mencium ketua mereka sebelum mula bekerja dan video serta gambar kejadian itu kini menjadi viral di media sosial China.

Ramai yang hairan bagaimana para pekerja wanita di syarikat itu masih boleh terus bertahan dengan syarat yang jelas mencabuli kehormatan wanita.

“Mengapa pekerja wanita ini boleh menerima syarat yang tidak masuk akal ini?

“Teman lelaki atau suami mereka tahu ke tentang perkara ini? Nampak sangat bos mereka ini lelaki gatal yang mengambil kesempatan terhadap pekerja wanita,” kata netizen.


Difahamkan, terdapat dua pekerja wanita yang membantah untuk melakukan perbuatan itu dan mengambil tindakan untuk berhenti kerja dari syarikat berkenaan.

Sementara itu, pegawai ‘miang’ terbabit mengakui aktiviti itu membantu merapatkan hubungan pekerja dengan pegawai atasan dan beliau menyatakan ada sesetengah pekerja wanita benar-benar merinduinya apabila dia tidak berada di pejabat.

“Saya peroleh idea seperti ini apabila membuat lawatan kerja di sebuah syarikat di Amerika Syarikat,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Shanghaiist

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori