Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Donald Trump Beku...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan pembekuan dana kepada Pertubuhan...

Halang Anak Masuk Rumah...

JOHOR BAHRU : Polis menahan sepasang suami isteri yang menghalang anak mereka yang...

Saya Akan Swafoto Dengan...

SEPANG - Finalis anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz...

9 Anggota Komando 69...

LUMUT - Sembilan anggota komando 69 cedera dalam insiden letupan membabitkan sebuah bot...

Viral Tikus: Pasar Raya Lupus 63.8kg Cili Kering

KUALA NERUS – Sebuah pasar raya di daerah ini melupuskan 63.8 kilogram cili kering untuk mengembalikan semula keyakinan pengguna, susulan penyebaran gambar tikus dalam longgokan cili kering di pasar raya itu menerusi laman sosial pada Isnin lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu, Azlan Abd. Samat berkata, lima petugas KPDNKK telah pergi ke pasar raya itu untuk memastikan kesahihan viral tersebut.

“Pihak pengurusan pasar raya itu memaklumkan telah melupuskan semua 63.8 kilogram stok cili kering yang masih berbaki.

Penampakan Tikus Dalam Bekas Cili KeringĂ¢â‚¬Â¦ Serius Geli!

“Pihak pengurusan juga memaklumkan mereka telah menukar kaedah penjualan cili kering dengan membungkusnya dalam bungkusan kecil dan tidak lagi secara terbuka di dalam kotak yang besar seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2016 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad di sini hari ini.


Azlan berkata pihaknya tidak boleh mengambil tindakan seperti mengenakan kompaun atau denda kerana ia di bawah penguatkuasaan Jabatan Kesihatan.

“Oleh itu, KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan selepas ini untuk melakukan pemeriksaan lebih kerap melibatkan kebersihan bahagian makanan di pasar raya,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tikus

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori