Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Padah Tahan Kencing, Messi...

MADRID - Pemain terbaik dunia sebanyak lima kali, Lionel Messi dari Argentina dilaporkan...

39 Kes Peguam Tipu...

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sedang menjejak 21 peguam yang...

Kesesakan Teruk Akibat Nahas...

JOHOR BAHRU - Kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer 8.5 Jalan Johor Bahru-Ayer...

Penarafan Turun Bukan Disebabkan...

KUALA LUMPUR - Penurunan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang...

Gadis Ini Dikecam Ambil Selfie Pengebumian Datuk

PENGAMBILAN selfie bukanlah satu aktiviti luar biasa di zaman kini, lebih-lebih lagi di kalangan remaja.

Seorang gadis, Francesca Fierros Palomine dari Mexico bagaimanapun dikecam hebat pengguna laman sosial kerana dia diibaratkan sebagai tidak menghormati pemergian datuknya dengan mengambil selfie di majlis pengebumiannya.

Sesuatu yang dilakukan tanpa mengira keadaan dan situasi sedih yang sedang dilaluinya anggota keluarga yang lain.

Antara gambar yang diambil Francesca ialah selfienya berlatar belakangkan keranda yang menempatkan jasad mendiang datuknya selain gadis itu turut meletakkan emotikon bagi menggambarkan situasi tersebut beserta kapsyen, “bersemadilah dengan aman, datuk.”

Gadis Ini Dikecam Ambil Selfie Pengebumian Datuk

Gambar selfienya tidak berakhir di situ, selepas datuknya disemadikan, gadis itu mengambil lagi sekeping gambar selfie di hadapan cermin besar dengan kapsyen, “baru sahaja pulang dari majlis pengebumian.”


Gadis Ini Dikecam Ambil Selfie Pengebumian Datuk

Rata-rata netizen melahirkan rasa kesal mereka terhadap perlakuan gadis itu yang tidak menghormati majlis pengebumian.

Seorang netizen menulis, “Jika dia anak saya dan itu merupakan majlis pengebumian bapa saya, dah lama saya halau dia dari situ. Tak hormat langsung.” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori