Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Tiada Pihak Pengaruhi Jabatan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara menafikan tohmahan yang disebarkan kononnya jabatan itu...

Takut Lewat Duduki Ujian...

GARA-GARA terlewat untuk menduduki ujian Matematik di sekolah, seorang pelajar lelaki nekad mencuri...

Lebih 1,200 Syarikat Di...

KOTA KINABALU - Sebanyak 1,204 syarikat di Sabah sudah mendaftar bagi pelaksanaan Cukai...

Neelofa Kongsi Rahsia Bergelar...

SIAPA yang tidak kenal dengan personaliti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd. Noor...

Wanita Diserang Kekasih, Lidah Hampir Putus

WANITA ini, Carleigh yang juga seorang pembantu jururawat menyangka dia sudah bertemu dengan `putera idamannya’ dan sering berkongsi gambar-gambar mereka berdua yang dilamun cinta dalam media sosial.

Namun di sebalik kegembiraan itu, Carleigh telah mengalami pengalaman menakutkan dana menyakitkan di tangan `putera idamannya’ itu yang dikenali sebagai Ryan Cameron.

Lelaki berkenaan telah menyerang Carleigh dengan teruk hinggakan doktor terpaksa menjahit lidahnya selepas dikoyakkan oleh lelaki itu dengan menggunakan jari. Ryan turut mengigit sebahagian telinga Carleigh.

Wanita itu juga menyangka dia akan mati akibat serangan berkenaan terutama selepas Ryan mencekiknya hinggakan dia sukar bernafas.

Wanita Diserang Kekasih, Lidah Hampir Putus

Hanya selepas Carleigh yang ketika itu hampir mati, mengumpul tenaga dan menjerit sekuat hati barulah lelaki itu melepaskan lehernya.

“Sebelum ini saya pernah didera olehnya dan saya cuba beberapa kali untuk memutuskan hubungan namun dia mengancam untuk membunuh anjing saya.


“Saya juga malu untuk memberitahu keluarga saya kerana saya baru sahaja memulakan hidup dengannya,’’ kata Carleigh yang menceritakan pengalaman menakutkan itu kepada WTHR.

Jelasnya apa yang dilihat dalam media sosial yang memaparkan kebahagiaan mereka berdua sebenarnya hanyalah ilusi semata-mata.

Justeru Carleigh mahu mereka yang mengalami nasib sama sepertinya supaya bangkit dan melawan, jangan membiarkan pendera seperti itu menguasai hidup mereka.

“Jangan biarkan mereka merampas semangat anda dan memberitahu bahawa anda tidak tempat untuk dituju lagi. Itu bukanlah lelaki yang mencintai anda,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori