Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dua Beradik Ditemui Mati...

PASIR MAS - Dua beradik ditemui mati lemas selepas dihanyutkan air Sungai Pasir...

Penolong Pengarah Universiti Awam...

SEORANG penolong pengarah Jabatan Komunikasi Korporat di sebuah universiti awam di Selangor direman...

Kajian Jihad Perangi Orang...

SERDANG - Hasil kajian pelaksanaan program 'Jihad Memerangi Orang Tengah' akan diketahui Disember...

Pemangku Gabenor, Ketua Menteri...

CHENNAI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menemui pemangku...

Wanita Ini Luah Rasa Geram Ditipu Wedding Planner

SUDAH semestinya setiap pasangan pengantin baharu mengharapkan segala urusan dipermudahkan ketika majlis perkahwinan mereka.

Biasalah, pada hari tersebut merupakan hari istimewa yang paling dinanti-nantikan dan merupakan hari paling bersejarah buat kedua-dua pasangan.

Jadi, adalah penting pasangan yang bakal mendirikan masjid ini mencari perkhidmatan wedding planner yang benar-benar jujur dalam memberikan perkhidmatan.

Namun kisah pasangan ini berbeza apabila terpaksa menanggung malu akibat pihakƂĀ perunding perkahwinanƂĀ yang dilantik didakwa tidak amanah dan cuba minta bayaran atas hasil kerja yang hanya siap separuh jalan.

Lebih dahsyat, pihak perunding terbabit difahamkan enggan mengaku salah dan mengugut membuat laporan polis jika baki bayaran tidak dilangsaikan.

Kami kongsikan semula luahan daripada saudari Amila Baszelan agar ia menjadi pengajaran buat bakal-bakal pengantin diluar sana supayaƂĀ lebih berhati-hati memilih perkhidmatan seperti ini.

wp3

Dah lama pendamkan hal ini. Tetapi sebab baru-baru ini DJ majlis wedding aku dah mula post pasal aku tak nak bayar payment pada bridal yang handle majlis aku, siap screenshot profile Facebook aku dan suami, jadi di sini aku nak counterback apa yang dia cakap tentang aku dan suami.

Aku jumpa wedding planner area Kuantan di group WhatsApp. Let’s we all call her Nora. Perjanjian awal dulu dengan harga RM14,900, aku dijanjikan hidangan makanan RM9.90 untuk 500 pax, pakej pelamin RM4,000, DJ RM600 dan dewan yang mana dia quote RM4,700 yang mana mama dah mula rasa tak logik. Tetapi mama percayakan juga dia. Nora juga offer percuma pakej SPA sebelum dan selepas majlis, bilik hotel untuk satu malam, kaunter aiskrim dan berinai.

Sepanjang tempoh sebelum majlis itu, macam-macamlah yang berlaku. First of all, aku percaya dia sudah lama buat kerja bridal ini, cuma tiada butik sahaja. Barang-barang pelamin dia simpan dalam rumah. Okay, tak mengapa, aku niat nak tolong dia sekali alang-alang.

Baju pengantin kitorang pergi ke bridal-bridal lain untuk sewa tetapi butik-butik yang dia bawa, satu pun saya dan mama tak berkenan. Ada tetapi di Kemaman, jauh katanya. Akhir sekali Nora suruh aku pilih nak kain yang mana. Dia nak hantar jahit sendiri, alang-alang boleh jadi collection dia. Dengan tak ada kata kos tambahan apa-apa, aku pun pilihlah siap beritahu dia design yang aku nak.

Suatu hari yang lain pula, dia mesej aku, kata tukar katerer sebab dia ada kenal tukang masak katering. Aku pun okaykan saja sebab dia kata orang itu masak pun boleh tahan sedap. Hari lainnya pula dia mesej aku lagi beritahu meja untuk VIP hanya boleh dapat dua buah saja. Puncanya kami tak bayar katerer, jadi mereka tak nak bagi. Aku seperti, “What the heck?!”. Boleh saja kan sediakan sebabnya selepas majlis masih kena bayar untuk kos yang sama juga. Tetapi aku sabar saja dan okay, fine. Apa-apa sajalah.

Seminggu sebelum majlis, dia baru nak tanya aku bila nak mandi bunga. Aku kata, Khamis sebab malam itu nak berinai. Esok malamnya akad nikah dah. Dia pun kata okay saja. Tiba hari Khamis, aku tanya bila aku boleh pergi SPA doa. Tetapi dia kata tak sempatlah nak SPA apa semua sebab dia sibuk buat persiapan. Dia kata aku patut buat SPA seminggu sebelum majlis.

“Masa saya kata nak buat hari Khamis, awak kata okay saja. Apa hal hari ini tak boleh pula?” bengang.

“Kalau mandi bunga sempatlah malam ini sebelum berinai,” katanya.

Aku pun, fine. Aku buat sendiri facial sebab malas dah nak keluar pergi cari salun lain. Nora datang lewat malam hari Khamis itu. Sempat aku bakar brownies sebiji untuk goodies, tunggu dia kata nak datang selepas Asar. So confirmlah mandi bunga tak ada kan? Aku buat-buat tak ingat tentang mandi bunga dan teruskan berinai. Sudahlah inai itu awal-awal dia kata design simple saja. Wedding wei, bukan bertunang. Aku nak berhias sekali saja seumur hidup. Tetapi sebab aku baik, aku diam sajalah.


Selepas akad nikah, aku pergi ke dewan untuk tengok keadaan. Pelamin baru nak pasang. Kemudian Nora panggil aku ke tepi, minta turunkan tandatangan perjanjian yang mengatakan aku sudah bayar RM7,000. Aku baca betul-betul, tiada yang mengatakan aku kena bayar balance berapa. Tarikh pun aku tak tulis bila nak bayar balance itu.

Masa hari kejadian iaitu majlis persandingan aku, Sabtu 27 Ogos 2016. Aku tengah makeup, bila aku minta makcik aku WhatsApp gambar pelamin, DAMN! Simple gila! Pelamin tunang aku lagi cantik okay. Finelah kerusi bulan itu aku dan suami setuju nak guna (menyesal betul). Masalahnya hiasan pelamin tidak sepadan langsung dengan harga pakej yang dia bagi. Di Kuala Lumpur kalau pelamin RM4,000, meriah eksklusif dah. Aku dah mula rasa down. Masa itu aku terdetik nasib baik makeup ini makcik aku yang kerja makeup artis ini yang buatkan. Kalau harapkan si Nora itu cari orang, entah apa jadi dengan muka aku. Masa makeup itu juga Nora hantar mesej melalui WhatsApp kata dia tengah angkut makanan katering sebab katanya van katering rosak. Aku tak reply.

Sampai dewan, tunggu rombongan suami tiba. Aku try jenguk dalam dewan, orang tak ramai mana pun. Berarak masuk ke dalam dewan, toleh ke kanan, meja buffet dah kosong. Meja makan pun banyak kosong. Okay tak apa, duduk bersanding.

Tiba waktu nak makan beradab, cikai weh aku beritahu ni. Aku pernah part time katering kot. Meja makan pengantin dalam pakej RM450 tetapi hampeh. Ayam golek seekor, aku agak Nora beli depan butik dia. Yang lain semua menu katering. Sudahlah nasi keras, air dalam jug macam korang datang makan rumah aku. Pengapit yang kena berdiri hidangkan makanan. Di seberang meja, rombongan saudara suami aku dari Johor datang. Mak mertua aku cakap mereka tak dapat makanan. Terkejut aku, padahal mereka masuk itu baru dewan penuh.

Ini diaaa meja makan beradap dalam bajet kate RM450 tapi macam RM20. Ayam golek sekor dah bagi sedara dari Johor yg xdapat makanan. Aku kaver malu tak sanggup nak hadap muka mak mentua aku kat sebelah. Rase nak menyorok dlm meja okeyyy. Sedihhhh betul. – Amila Baszelan

Aku down lagi level 99999. Sudu nak makan tak ada. Senduk nak cedok lauk pun tak ada. Tunggulah pula adik aku pergi cari. Aku makan sikit saja. Tak ada selera betul. Padahal lapar. Aku perhati mama ke hulu hilir berborak dengan tetamu.

Selesai potong kek, sesi bergambar. Tetamu beransur, rombongan keluarga mertua aku balik. Aku ronda dewan, pergi pada mama dan saudara mara aku. Rupa-rupanya makanan habis jam 1 petang lagi. Mujur kawan mama, Umi Zira, terus pergi beli lauk masak sendiri di rumah dia sebaik saja dia tengok lauk katering mula-mula sampai dewan. Dia dah agak dah lauk tak cukup. Memang tak macam untuk 300 orang pun. Padahal order 500 pax. Jam 3 baru makanan sampai dewan semula. Menangis aku di bahu Umi kerana terharu dia bersusah payah untuk menolong majlis aku. Baik aku bayar dia kalau begini jadinya.

Nora? Batang hidung pun tak nampak. Sudhalah kata nak bagi kaunter aiskrim, langsung tak ada. Tisu, sudu, garfu nak makan bihun sup yang katerer sediakan, air mineral berkotak-kotak itu semua mama aku yang kena beli sendiri. Sakit hati gila rasa. Malu pada keluarga suami, keluarga aku sebab mereka datang dari Kelantan tetapi kena buat kerja macam pramusaji dah. Malu pada kawan-kawan aku yang datang dari jauh tetapi makanan dah habis. Malu, malu, mlau!

Aku sorok kesakitan hati dengan melayan saja cameraman, aku bersesi photoshoot. Selepas itu keluar pergi outdoor. Masa itu Tuhan saja yang tahu betapa seidhnya aku tengok saudara mara aku masih berada di dewan mengemas meja makan sebab katerer tak sediakan orang untuk bersihkan meja.

Selepas majlis, Nora dengan beraninya minta baki bayaran tanpa sebarang rasa bersalah. Dia langsung tidak bertanya apa feedback dari aku. Yang dia tahu bila aku nak bayar. Aku malas nak reply mesej dia, aku suruh dia deal dengan mama sebab yang membayar itu mama, bukan aku. Kami enggan pedulikan dia sehingga dia ugut nak buat laporan polis. Aku apa lagi, menyirap betul. Aku cakap pada dia, dia buat report, aku pun akan buat report. Aku akan saman dia sebab memalukan aku dan keluarga. Sudahlah aku kahwin sekali seumur hidup, tetapi macam ini yang aku dapat?

10
Baru aku perasan dia tulis bajet kat sini untuk DJ tu RM500 je, bukan RM600. Hmmm. Cilakak apesal mase ni aku tak nampak yg pakej pelamin RM4.3k tu adalah sangat mahal? Grrrrr kalau boleh kembali ke mase lampau, aku pelangkung kepala aku sendiri sebab bodoh sangat. -Amila Baszelan.

Lagi menyirap apabila aku post mortem dengan keluarga dapat tahu harga dewan RM3,500 saja okay! Makanan itu pun tak sampai 300 pax. Makan beradab macam hampeh. Lagi nak suruh kami buat bayaran habis? Kawan adik aku pun cakap wedding aku ini bernilai RM7,000 saja. Lagi nak aku bayar penuh RM14,9K? Macam mana kami tahu tetamu tak sampai 500? Kami buat goodies 400 sahaja dan itu pun banyak lagi yang tak habis. Tak sampai 300 pun tetamu. Mama dah lama buat bisnes katering dulu, kawan-kawan dia ramai katerer dan aku pun pernah kerja katering. Jadi part mana yang dia nak kencing kami?

111

Pihak DJ salah faham, menuntut bayaran

333

Sekarang Nora suruh DJ itu minta aku settlekan bayaran sebab DJ itu tak dapat payment berpunca dari aku. Dia ugut nak buat laporan polis juga. Reportlah, ingat aku takut? Silap-silap, Nora itu kena bayar gantirugi nak tutup malu keluarga aku. Dia post di Facebook kan, tengok sekarang giliran aku pula. Aku takkan halalkan duit mas kahwin aku dahulukan untuk bayar dia dulu. Semoga kau melingkup ya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori