Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kasino Di Genting Highlands...

BENTONG - Polis Bentong akan sentiasa membuat pemantauan terhadap aktiviti kasino di pusat...

Aliran Trafik Di Lebuh...

Kuala Lumpur : Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama masih lancar dan...

Anak Allahyarham Nik Aziz...

ANAK lelaki mantan mursyidul am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,...

“Ulat Tiket” Didenda RM3,000...

ALOR SETAR - Seorang "ulat tiket" hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah...

Wanita Pecah Amanah Duit Majikan Kini Jadi Menawan

Seorang kerani sumber manusia yang melakukan pecah amanah kerana curi wang gaji milik majikannya hampir RM500,000 dan berjaya melakukan transformasi daripada gemuk kepada kurus, kini berdepan dengan hukuman penjara.

Leanne Rungay, 28, berjaya menurunkan berat badannya dengan ketara dan telah mempromosikan dirinya sebagai jurulatih bagi membantu orang ramai menikmati kehidupan sihat, dalam instagramnya dengan jumlah pengikut lebih 1,600 orang.

Dia mendakwa diet dan senaman berjaya membantu mengurangkan berat sebanyak 31kg.

Namun keadaan itu bakal berakhir apabila hukuman ke atasnya bakal ditentukan oleh mahkamah sesyen.

Rungay, yang berkhidmat dengan Spencer Ogden, telah melakukan pecah amanah dengan memindahkan wang daripada syarikat berkenaan ke dalam akaun simpanannya antara Jun 2014 hingga 16 September tahun lepas.


Dia telah didakwa di mahkamah majistret Westminster namun timbalan hakim daerah, Adrian Turner mendapati kes berkenaan terlalu serius untuk dikendalikan oleh majistret dan memindahkannya ke mahkamah sesyen untuk hukuman.

Wanita itu dibenarkan ikat jamin sebelum sebutan kes di Mahkamah Sesyen Southwark pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori