JIJIK dan sakit jiwa.
Seorang lelaki warga emas yang sudah berusia 72 tahun telah melakukan perbuatan terkutuk iaitu menyelinap masuk ke dalam rumah seorang wanita di Ohio, Amerika Syarikat sebelum bermasturbasi.
Lebih malang, selepas Gene Burdette mencapai kepuasan nafsu syahwatnya, dia melepaskan air mani itu ke dalam sebotol air jus oren dan kemudian menyimpannya semula ke dalam peti sejuk.
Gene memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci pendua.
Perbuatan lancap berkenaan telah dirakamkan menerusi CCTV dan dia telah ditangkap oleh polis di bandar Jackson.
Dia didakwa atas tuduhan memecah masuk dan mencampurkan bahan asing ke dalam minuman.
Motif Gene berbuat demikian bagaimanapun terus menjadi misteri. Laporan media bagaimanapun tidak menyebut sama ada Gene mengenali wanita terbabit.