Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Norman Hakim Sebak Dapat...

MESKIPUN sudah lama berpisah, namun apabila menerima berita duka bahawa bekas isterinya, Abby...

Ladang Ternakan Khinzir ‘Kantoi’...

KUALA LANGAT - Sebuah ladang ternakan khinzir yang beroperasi sejak 16 tahun lepas...

Pesta ‘Ikan Temenung’ Di...

ALOR SETAR - Pasar nelayan Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah hari ini...

Sekolah Diminta Tingkat Kawalan...

BAGAN SERAI - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Perak meminta sekolah di negeri...

Warga UPM Perlu Beri Terbaik Demi Masyarakat, Negara

SERDANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa warga Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk terus memberikan yang terbaik bagi masyarakat dan negara.

Baginda yang juga Canselor UPM berharap para graduan universiti itu agar bersatu hati untuk bersama-sama masyarakat dan pemimpin negara bagi memperkukuh dan meningkatkan perpaduan serta kestabilan negara.

Baginda bertitah pada hari ini tiada yang membezakan antara graduan dan masyarakat di luar melainkan ilmu pengetahuan dan dengan ilmu yang dimiliki, graduan harus yakin dan percaya terhadap keupayaan diri sendiri untuk terus maju dan berjaya.

“Jika bukan para graduan, kepada siapa lagi yang boleh diletakkan tanggungjawab dan amanah untuk membawa negara ke tahap yang lebih maju.

“Generasi inilah yang akan memastikan warisan budaya dan sumber yang dimiliki dapat diteruskan untuk generasi akan datang,” titah baginda pada majlis Konvokesyen UPM ke-40 di sini hari ini.

Dalam pada itu, baginda mengingatkan bahawa kerajaan telah menyediakan prasaran dan kemudahan untuk pelajar dan graduan berjaya.

Untuk berjaya dalam kerjaya, baginda berharap para graduan perlu bersikap optimistik dalam setiap perkara dan dalam menangani kehidupan secara rasional .


“Beta berharap sebagai alumni universiti, para graduan akan memainkan peranan dan sumbangan yang signifikan kepada pembangunan masyarakat dan negara.

“Walau apapun pencapaian anda dalam kerjaya, beta ingin menggesa para alumni untuk sentiasa kembali ke UPM untuk bersama-sama membantu UPM agar universiti ini boleh berfungsi sebagai hab ilmu yang relevan pada setiap masa,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah kejayaan cemerlang yang dicapai oleh UPM sejak 1931 perlu dijadikan contoh oleh para graduan atas kecekalan, kegigihan, mental yang fokus dan semangat juang yang tinggi untuk bersaing di persada antarabangsa.

Justeru, baginda berharap pengurusan UPM akan terus meningkatkan daya usaha untuk menggembleng pelbagai kepakaran dan rakan korporat bagi bersama-sama memastikan UPM terus cemerlang.

“Beta berharap semua pihak memberikan sokongan padu bagi mencapai sasaran UPM berada di kumpulan 200 universiti terbaik dunia menjelang 2020,” titah baginda. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori