Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Qatar Airways Beri 10,000...

DOHA - Qatar Airways menawarkan 100,000 tiket percuma kepada profesional penjagaan kesihatan di...

Pelayar Negara Perlu Kekal...

LANGKAWI – Pelayar negara dalam kategori Antarabangsa 420 Lelaki dan Antarabangsa 470 Lelaki...

Calvin Harris Move On,...

PENERBIT dan DJ terkenal, Calvin Harris dilaporkan sudah 'move on' dan melupakan bekas...

Kemampuan Aset Ketenteraan TUDM...

KUALA LUMPUR - Kemampuan pertahanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbukti dalam satu...

Watson Nyambek Akhirnya Miliki Rumah Sendiri

MIRI – Setelah tinggal bersama ibu mentuanya sejak 2010, bekas pelari pecut negara Watson Nyambek, 40, akhirnya memiliki rumah sendiri.

Ia diproleh hasil bantuan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

“Pertama sekali saya mesti berterima kasih kepada ketua menteri kerana menepati janjinya selepas saya bertemu beliau awal tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Adenan telah bertanya kepadanya apa yang kerajaan negeri boleh membantu beliau bagi mengiktiraf sumbangannya kepada negeri dan negara.

“Saya beritahu beliau saya mahu rumah dan beliau berjanji akan melihat permohonan saya itu. Saya terkejut kerana tidak menjangka ia dipenuhi begitu cepat,” katanya.

Hasrat seterusnya bagi bapa tiga orang anak ini ialah untuk merayakan Krismas di rumah baharu itu.


Rumah teres setingkat itu terletak di Vista Perdana Fasa 2 Permyjaya.

“Saya tidak tahu lagi bila saya boleh pindah kerana rumah itu masih menunggu permit menduduki daripada pihak berkenaan, namun saya sudah teruja,” katanya.

Penyerahan kunci olok-olok rumah tersebut disaksikan Adenan serta Pengerusi Kumpulan Naim, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Rumah itu atas sumbangan Kumpulan Syarikat Naim dan SPNB. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori