Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

50 Rumah Setinggan Musnah...

TAWAU - Kira-kira 50 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung...

UMNO P.Pinang Selar Tindakan...

GEORGETOWN - Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang hari ini menyelar tindakan pihak Majlis...

PH Johor Mohon Sidang...

ISKANDAR PUTERI - Pakatan Harapan (PH) Johor akan memohon satu sidang Dewan Undangan...

Lelaki Cuba Bunuh Diri...

CHINA – Hati kering, sanggup bunuh diri kerana terlalu sedih selepas dipaksa berkahwin...

Wira Sukan Negara Perlu Beri Motivasi Kepada Masyarakat

TANGKAK – Wira sukan negara yang mencipta nama di pentas antarabangsa diminta kerap pulang ke kampung halaman masing-masing sebagai motivasi kepada golongan muda dan masyarakat setempat dengan membawa mesej perpaduan menerusi sukan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Ismail Mohamed berkata wira sukan negara perlu mencontohi inisiatif pemenang pingat perak temasya Sukan Olimpik Rio 2016 bagi acara badminton beregu lelaki Tan Wee Kiong yang sudi melapangkan masa bersama penduduk Kundang Ulu hari ini.

“Walaupun sibuk dengan jadual latihan dan kejohanan, Wee Kiong sanggup turun ke kampung asalnya hari ini untuk berkongsi pengalaman dengan generasi muda dan masyarakat di sini.

“Di samping berkongsi pengalaman, mesej lebih besar dibawa oleh wira negara adalah perpaduan menerusi sukan tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis kunjungan hero negara, Tan Wee Kiong di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kung Yung dekat sini.

Ismail yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang berharap perkara yang sama akan dilakukan oleh atlet kebangsaan lain bagi memberi motivasi kepada masyarakat untuk melahirkan lebih ramai bintang sukan bertaraf antarabangsa pada masa akan datang.

“Diharap juga dengan kejayaan ini, Wee Kiong akan membuka mata ibu bapa memberi galakan kepada anak mereka memilih sukan sebagai kerjaya,” katanya.


Sementara itu, Wee Kiong berkata beliau rasa gembira bukan hanya dapat berkongsi pengalaman beraksi dengan pelajar dan penduduk setempat sebaliknya dapat mengimbau kembali kenangan belajar dari darjah satu hingga darjah enam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kung Yung.

“Di sinilah (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kung Yung) boleh dikatakan saya mula kenali sukan badminton sebelum menyambung pelajaran ke Sekolah Sukan Bukit Jalil,” katanya.

Wee Kiong berkata selepas meraih pingat perak di Olimpik Rio 2016, beliau sebenarnya telah lama bercadang untuk melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kung Yung, namun atas faktor kesibukan dan jadual ketat latihan menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori