Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nicol Tewas Pusingan Pembukaan...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mengalami kekalahan besar dalam...

Ramai Mengalir Air Mata...

JIKA iklan raya TNB berjaya mencuri perhatian dengan elemen lucu, iklan raya Mara...

Terkejut Kawalan Ketat Punca...

PUTRAJAYA : Aktiviti kawalan penguatkuasaan yang amat ketat dikenal pasti menjadi antara punca...

Kumpulan Kedua 100 Migran...

PUTRAJAYA - Kumpulan kedua sebanyak 100 migran Syria daripada 24 keluarga dari kem...

Wira & Wirawati Oplimpik, Paralimpik Saksi F1

SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta wira dan wirawati Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 hadir untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Najib turun ke trek untuk bersama-sama dengan barisan pelumba F1 untuk acara nyanyian lagu ‘Negaraku’ sebelum perlumbaan bermula.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Razlan Razali turut serta dalam acara tersebut.

Wira dan wirawati Olimpik dan Paralimpik Rio turut diberi penghormatan untuk bersama-sama dengan pelumba F1 di trek sebelum perlumbaan bermula.

Ahli sukan yang mengharumkan nama negara itu merangkumi atlet Olimpik Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri, Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa serta atlet Paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli, Mohamad Ridzuan Puzi, Abdul Latif Romly dan Siti Noor Radiah Ismail.


Najib turut menyampaikan trofi kemenangan kepada juara, Daniel Ricciardo daripada pasukan Red Bull Racing.

Pelumba kelahiran Australia itu menamatkan perlumbaan 56-pusingan itu dengan catatan masa satu jam 37 minit 12,776 saat, kelebihan 2.4s di depan rakan sepasukan, Max Verstappen dari Belanda untuk kedudukan satu dan dua buat Red Bull.

Pendahulu kejuaraan dunia, Nico Rosberg daripada pasukan Mercedes AMG Petronas, melengkapkan podium dengan catatan masa 1:37:41.561s. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori