Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Fenomena ‘Terbang’ Guna Barang...

SATU cabaran media sosial yang menyaksikan barang-barang kegunaan harian digunakan untuk mendapatkan rakaman...

Kisah JDT Dalam Program...

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) bukan sahaja semakin mengukuhkan kedudukan sebagai...

Majlis Keselamatan PBB Bincang...

WASHINGTON/SEOUL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat rasmi pada...

Insentif RM100,000 Untuk Skuad...

IPOH: Kerajaan Perak bersetuju untuk memberikan insentif sebanyak RM100,000 kepada skuad hoki lelaki...

WOW… Afgan Hadiahkan Rossa Rantai Berharga RM150K

BENARKAH dua penyanyi terkenal kelahiran Indonesia, Datuk Rossa dan Afgan sedang hangat dilamun cinta?

Walaupun sudah beberapa tahun gosip percintaan antara mereka muncul, namun, masing-masing menafikan hal tersebut sebaliknya menyatakan hubungan yang terjalin itu hanyalah sekadar antara adik dan kakak.

Peliknya, kedua-duanya sering tampil bersama-sama termasuk merakam gambar mesra mereka berdua menerusi laman Instagram.

Terbaharu, apa yang mengejutkan ramai, Afgan dilaporkan menghadiahkan artis wanita itu sebuah rantai bertakhtakan berlian berharga 500 juta rupiah (kira-kira RM158,020).

Tidak sekadar itu, penyanyi Terima Kasih Cinta ini turut menyarung rantai tersebut di leher Rossa di hadapan khalayak ramai dalam satu acara Adelle Jewelry hingga membuatkan wajah wanita itu merah padam.

“Afgan memang selalu beri hadiah. Ulang tahun aku pun diberi. Aku keluarkan single album pun dibagi hadiah.

“Aku kalau diberi sesuatu daripada seseorang kita harus menghargainya,” kata Rossa seperti yang dipetik akhbar berpengaruh Kompas.

Dalam pada itu, Rossa mengakui berasa segan dengan pemberian barangan perhiasan mewah itu.


Sementara itu, Afgan pula menyifatkan Rossa sebagai layak menerima hadiah tersebut.

“Saya suka yang ringkas. Rossa selalu dengar sekiranya aku punyai masalah penampilan. Dia orangnya kesempurnaan tapi dia pasti dengar masalah aku,” kata Afgan.

Rossa menerima perhiasan itu ketika berlangsung acara sosial, ‘Diamond for Charity Adelle Jewellery‘ yang diadakan di Mal Kelapa Gading 3, Jakarta Utara, baru-baru ini.

Acara itu bagi mengumpul derma untuk beberapa yayasan kebajikan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori