Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pengacara Tersohor Kritik Gaya...

Banyak individu mengetahui kisah dua orang peserta program pencarian Dewi Remaja, Mawar Rashid...

Jeneral Allen Ketuai Pakatan...

WASHINGTON - Jeneral Marin Bersara, John Allen yang juga bekas komander tentera Amerika...

Singapura, Malaysia Nafi Fatwa...

SINGAPURA - Fatwa yang konon dikeluarkan pihak berkuasa agama Islam di Malaysia dan...

19,378 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 19,378 kes hari...

Ziyad Tambah Tetamu Majlis Kahwin Dek Sambutan Hangat

SEMUA maklum bahawa salah seorang pemenang pingat emas pada Sukan Paralimpik Rio, Muhammad Ziyad Zolkefli bakal menamatkan zaman bujangnya pada 11 November ini.

Namun mungkin ramai tidak sedar beliau terpaksa buat beberapa perubahan saat akhir untuk majlis resepsi perkahwinan yang akan diadakan selepas populariti dirinya naik mendadak ekoran mengharumkan nama negara.

Muhammad Ziyad berkata, antara perubahan pada saat akhir yang terpaksa dilakukan oleh pihak keluarganya ialah pertambahan bilangan tetamu seramai 300 orang lagi berbanding hanya menjemput 1,000 sahaja sebelum ini.

“Keluarga sebelah perempuan pun sudah tertekan kerana ramai saudara yang nak datang. Mula-mula kami jemput 1,000 tetamu masing-masing untuk setiap majlis kerana guna pakej tapi nampaknya kena tambah lagi 300 orang.

“Sejak akhir-akhir ini ramai pula ‘saudara mara’ yang saya tidak pernah tengok tiba-tiba mahu pula datang ke rumah. Saya pun berasa pelik tetapi itulah realitinya,” kataƂĀ Muhammad ZiyadƂĀ yang dipetik portal AgendaDaily.

Beliau yang melakar sejarah apabila meraih pingat emas acara lontar peluru kategori T20 (masalah pembelajaran) temasya Paralimpik itu juga merancang menjemput beberapa tetamu kenamaan ke majlis perkahwinannya nanti.

“Sudah tentu saya nak jemput Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; penaung Majlis Paralimpik Malaysia, Tun Jeanne Abdullah dan tidak lupa juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail,” katanya.

Tunang kepada Zafira Mohd. Nasir ini turut meluahkan rasa bersalah kerana tidak dapat membantu persiapan majlis perkahwinan mereka dek kekangan masa akibat jadual padat setelah berakhir Paralimpik Rio bulan lalu.


“Saya memang rasa bersalah kerana menyusahkan tunang (Zafira) kerana dia terpaksa menguruskan majlis perkahwinan kami secara bersendirian. Buat masa ini persiapan boleh dikatakan baru 70 peratus siap.

“Surat-menyurat pun tidak siap lagi, termasuklah juga ujian HIV dan borang nikah pun belum dilengkapkan sepenuhnya. Saya kebetulan memang tidak ada masa kerana program saya amat padat,” katanya.

Muhammad Ziyad berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan ganjaran oleh Naza Corporation Holding atas pencapaiannya meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio Brazil bulan lalu.

Beliau dan Zafira telah mengikat tali pertunangan sejak setahun yang lalu.ƂĀ Majlis resepsi sebelah perempuan pada 12 November di Putrajaya manakala pihak lelaki pula pada 20 November di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Saya tidak hendak majlis yang besar-besaran. Saya tidak mahu membazir, cukuplah hari bahagia saya disambut dalam keadaan sederhana tetapi meriah,” kata Muhammad Ziyad lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori