Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Henti Tular Video Ayam...

IPOH - Pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey meminta orang ramai agar memadam dan...

Senarai Barangan Kena SST...

BUTTERWORTH - Kerajaan akan mengkaji semula senarai barangan yang dikenakan Cukai Jualan dan...

Obama Tersepit, Republican Kuasai...

WASHINGTON DC - Parti Republican sekali lagi mencipta kemenangan besar menguasai Senat Amerika...

Lelaki Mabuk Naik Keretapi...

NEW YORK – Kalau dah mabuk, hilang semua rasa malu dan harga diri....

Ziyad Terima Insentif RM150,000, Rumah RM400,000

SHAH ALAM – Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, Muhammad Ziyad Zolkefli akan menerima insentif wang tunai RM150,000 dan sebuah rumah bernilai RM400,000 daripada kerajaan Selangor.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan pemberian insentif kepada pemenang acara lontar peluru F20 lelaki itu ketika membentangkan Bajet Selangor 2017 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata pemberian insentif tersebut adalah sebagai mengiktiraf kejayaan anak Selangor dari Gombak itu yang telah mengharumkan nama negara.

“Negara juga berbangga kerana Ziyad telah memecah rekod dunia dalam acara tersebut. Sesungguhnya, kejayaan yang dicatatkan ini membuktikan atlet Selangor berpotensi untuk bersaing dan berjaya di arena antarabangsa,” katanya.


Mohamed Azmin turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM14 juta bagi 2017, khusus untuk menaik taraf infrastruktur sukan sedia ada serta program pembangunan sukan di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori