Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sampel Makanan Diambil Kenal...

TAIPING - Jabatan Kesihatan negeri Perak telah mengambil sampel makanan dari gerai-gerai makanan...

Segerakan Penubuhan Majlis Pemulihan...

KOTA BHARU - Majlis Pemulihan Negeri perlu segera dibentuk bagi melancarkan usaha memulihkan...

Mat Sabu Mula Salahkan...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) seolah olah mahu menyalahkan Parti Keadilan...

Messi Ledak Gol Ke-500...

MADRID - Lionel Messi meledak jaringan ke-500 peribadinya untuk memastikan perebutan gelaran La...

12 Dewan Bedah HSA Ditutup, Operasi Ke Hospital Berdekatan

KUALA LUMPUR – Kesemua 12 dewan pembedahan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru yang terlibat dalam kebakaran telah ditutup dan operasi perkhidmatannya dipindahkan ke hospital-hospital berdekatan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata operasi Unit Rawatan Rapi HSA turut dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Pakar kita (HSA) pergi dengan pasukan sendiri dan staf sokongan untuk buat pembedahan, kemudian (setelah selesai) balik semula ke hospital lama (HSA),” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang perkembangan terkini operasi HSA, yang terbakar pada 25 Oktober lepas sehingga meragut enam daripada tujuh pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Selatan hospital itu.

Katanya setakat ini semua urusan HSA di hospital-hospital yang dipindahkan tidak menghadapi masalah.


Berhubung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang memperkenan Wad Diraja digunakan bagi tujuan rawatan pesakit di HSA, Dr. Hilmi berkata setakat ini belum ada keperluan untuk penggunaan wad berkenaan.

“Belum (digunakan), sebab (Hospital Medan) yang pihak tentera sediakan sudah mencukupi, jadi tiada masalah,” katanya.

Berikutan insiden kebakaran itu, Kementerian Kesihatan mengarahkan penutupan sementara secara berperingkat bangunan induk HSA bagi memberi ruang kerja-kerja penilaian tahap keselamatan, pendawaian, kajian struktur bangunan dan hal-hal berkaitan dilakukan, dan dijangka mengambil masa dua hingga empat minggu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori