Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

60 Keluarga Mangsa Banjir...

KUALA KRAI - Sebanyak 60 keluarga yang rumah mereka musnah akibat banjir pada...

Kes Baharu Gigitan Kucing...

IPOH ā€“ Satu kes baharu gigitan kucing yang bertuan dilaporkan di Kampung Mentari,...

Risiko Kepada Kestabilan Kewangan...

KUALA LUMPUR ā€“ Risiko kepada kestabilan kewangan terus terkawalā€‹ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹ā€‹ dengan pelaksanaan langkah kehematan...

Pemimpin DAP Tidak Gembira...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata...

Sadis..14 Kucing Kebuluran Hingga Makan Sesama Sendiri

SEORANG wanita berusia 43 tahun di Australia bertindak mengurung 14 ekor kucing dan dibiar kelaparan hingga kucing-kucing tersebut makan antara satu sama lain sehingga mati.

Badan Kebajikan Dan Kekejaman Haiwan Australia, RSPCA menemui 13 bangkai kucing dan seekor kucing yang masih hidup selepas menyerbu rumah wanita berkenaan di Adelaide, selatan Australia, semalam.

Hanya seekor kucing bernama Trooper terselamat dan ditemui dalam keadaan kurang nutrisi ketika serbuan.

Menerusi rakaman video yang dipetik Metro.uk, ia memaparkan keadaan rumah terbabit selepas anggota RSPCA menerima aduan daripada jiran-jiran wanita ituĀ yang sudah tidak tahan lagi akibat bau bangkai busuk.

“Apabila penyelamat RSPCA tiba di rumah itu, kucing yang dikenali sebagai Trooper itu terus ‘mengiau’ seolah-olah memberitahu kami untuk segera menyelamatkannya,” kata ketua penyelamat Andrea Lewis.

Sadis..14 Kucing Kebuluran Hingga Makan Sesama Sendiri

Sadis..14 Kucing Kebuluran Hingga Makan Sesama Sendiri


Sadis..14 Kucing Kebuluran Hingga Makan Sesama Sendiri

Tuan kepada kucing-kucing berkenaan telah ditahan dan kini dihukum untuk berkelakuan baik selama 12 bulan dan turut diharamkan daripada membela sebarang jenis haiwan.

Andrea menyeru kepada orang ramai supaya menjaga haiwan peliharaan mereka dengan baik.

Beliau juga menggesa haiwan belaan diberikan kepada sahabat atau saudara-mara jika pemilik terpaksa meninggalkan haiwan mereka untuk tempoh yang lama.

“Jika kamu tidak dapat menjaga haiwa peliharaan kamu, mintalah kawan-kawan, keluarga, jiran atau hantarkan sahaja ke pusat perlindungan haiwan,” katanya. –Ā MYNEWSHUB.CC

Sumber: Metro.uk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori