Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nabil Ahmad Terima Gurauan...

SIKAP suka berlawak Nabil Ahmad sering disalah tafsir, tidak kurang juga ada tersinggung dengan...

Kedah Daftar Pasukan 2015...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telah mendaftarkan seramai 22 pemain skuad...

Kemelut Utusan, Jangan Tuduh...

KUALA LUMPUR - Tidak betul tuduhan UMNO cuci tangan dalam kemelut yang melanda...

Keputusan Rayuan Ke Universiti...

PUTRAJAYA - Keputusan permohonan rayuan UPUOnline untuk kemasukan ke Program Pengajian Asasi dan...

15 Maut, 99 Cedera Nahas Akibat Jerebu Di China, India

BEIJING – Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 43 lagi cedera pada Ahad dalam kemalangan sepanjang lebuh raya di Shanghai akibat jerebu tebal menyelubungi beberapa bandar raya di republik itu.

Beberapa kemalangan jalan raya dilaporkan sepanjang lebuh raya S32 di kawasan baharu Pudong disebabkan keadaan sama.

Dalam satu kemalangan, dua terbunuh apabila sebuah lori tangki merempuh empat orang yang baru turun dari bas mini.

Satu lagi kemalangan berlaku kira-kira tiga kilometer dari lebuh raya itu apabila sebuah van dirempuh dua kenderaan berat, menyebabkan lima terkorban, lapor agensi berita Xinhua.

Dua lagi mangsa kemalangan meninggal dunia di hospital.

Setakat ini, 43 mangsa kemalangan dimasukkan ke hospital di Puding, Zhoupu dan Shuguang.

Stesen cuaca Shanghai, pada jam 6 pagi waktu tempatan mengeluarkan amaran jingga mengenai jerebu tebal, paras kedua tertinggi dalam sistem amaran cuaca di China, bermakna jarak penglihatan tidak sampai 200 meter dalam masa enam jam berikutnya.


Sementara di negeri di utara India, enam maut dalam kemalangan di lebuh raya kerana jarak penglihatan terhad berikutan jerebu tebal.

Turut menjadi mangsa ialah wanita berusia 70 tahun yang meninggal dunia dalam kebakaran sawah di daerah Moga di Punjab.

Tiga terbunuh dalam kemalangan di jalan Rohtak-Gohana manakala nahas membabitkan 70 kenderaan di Karnal meragut nyawa seorang wanita dan menyebabkan 50 lagi cedera.

Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya di Panipat disebabkan jerebu, manakala seorang lagi terbunuh dalam tragedi membabitkan lapan kenderaan di Bareily. Enam yang lain juga cedera. – AGENSI/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori