Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rakaman Audio: Pegawai Penyiasat...

PUTRAJAYA - Sepasukan pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman tiba...

Tugas ‘Ekstra’ Cikgu.. Buang...

BAGI yang kurang maklum, tugas cikgu Pembantu Pengurusan Murid adalah menolong mengasuh murid-murid di...

Kisah Terbinanya Jambatan Air...

PERNAHKAH anda melihat sungai dibina di atas sungai? Satu binaan hasil kejuruteraan Jerman, Jambatan...

Kren ‘Bergayut’ Di Tingkat...

KECOH di media sosial apabila gambar dimuat naik memaparkan sebuah lori kren terbalik...

18 Kertas Siasatan Kes Sorok, Naik Harga Minyak Masak Dibuka

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan membuka 18 kes siasatan berhubung kesalahan menyorok dan menaikkan harga minyak masak.

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Jamil Salleh berkata empat pembekal minyak masak dari Selangor, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur akan dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan pada minggu hadapan.

“Seorang pembekal di Pulau Pinang pula didakwa di bawah Akta Pencatutan 2010 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk kesalahan menyorok dan menaikkan harga minyak masak,” katanya selepas melawat kilang Golden Palm Oil Industries Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Kes-kes seumpama ini diharap dapat ditangani menerusi Operasi Skim Penstabilan Harga Minyak Masak yang dijalankan secara besar-besaran di seluruh negara bermula hari ini, katanya.

Operasi berkenaan melibatkan 2,600 pegawai penguat kuasa dan lebih 1,000 pegawai pemantau harga.

Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan berikutnya, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, manakala untuk kesalahan seterusnya, dikenakan denda sehingga RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Jamil menasihatkan pengguna supaya tidak panik kerana bekalan minyak masak adalah mencukupi yang mana 50,000 tan metrik dikeluarkan setiap minggu.

Di KEDAH, sebanyak 985 kilogram (kg) minyak masak bernilai RM2,500 dirampas untuk tempoh 26 Okt hingga semalam.

Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Mohamed Aznanshah Khalid berkata, rampasan itu membabitkan dua operasi berasingan di Langkawi dan Alor Setar.

Di NEGERI SEMBILAN, sebanyak empat aduan daripada orang awam diterima sejak 21 Okt lepas, kata Timbalan Pengarah KPDNKK negeri Saifulbahri Abdul Kadir.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada sebarang tindakan diambil terhadap peniaga dan pemborong setakat ini, memandangkan mereka tidak melakukan kesalahan menyorok minyak masak.

Di KELANTAN, sebanyak 61,964kg minyak masak dan 1,656kg gula bernilai RM170,423.59 dirampas KPDNKK negeri mengikut Akta Kawalan Bekalan.

Pengarah KPDNKK negeri Datuk Ab Ghani Harun berkata terdapat peniaga di negeri itu sanggup menjual bekalan minyak masak kepada pihak tertentu di Thailand berikutan harganya yang boleh mencecah sehingga RM4.50 sekilogram di negara itu.

“Kita pernah menyita sebuah kilang pembungkusan minyak masak di Pengkalan Kubor, Tumpat kerana disyaki menjual minyak ke negara jiran berdasarkan rekod, selain menahan peniaga runcit serta lori-lori yang disyaki cuba menyeludup minyak masak ke negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan bekalan minyak masak.


Di TERENGGANU, Timbalan Pengarah KPDNKK negeri, Md Nawawi Abd Rahman berkata sikap pengguna yang membeli bekalan minyak masak secara berlebihan dan tidak mengikut kadar kebiasaan menjadi antara faktor kekurangan bekalan minyak masak di pasaran.

Bagaimanapun, tinjauan di pasar raya di sekitar Kuala Terengganu mendapati bekalan adalah mencukupi sama ada dalam bentuk paket atau botol.

Di MELAKA, Pengarah KPDNKK negeri, Jaiya Abu berkata kekurangan bekalan minyak masak dikesan di kedai runcit, tetapi bekalan adalah mencukupi di beberapa pasar raya besar.

Beliau berkata pembungkus, pemborong dan peruncit minyak masak di negeri itu perlu sentiasa memastikan bekalan adalah mencukupi kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan lesen mereka digantung atau dibatalkan.

Di SARAWAK, sebanyak 479 premis berkaitan minyak masak diperiksa di seluruh negeri sejak 1 Nov untuk memastikan bekalan yang mencukupi, menurut Ketua Penguatkuasa KPDNKK negeri Abdul Hafidz A. Rahim.

Abdul Hafidz yang ditemui selepas memeriksa kilang pengedar minyak masak di Pending berkata sehingga semalam, stok semasa yang diperiksa di pasaran sejak tiga hari lepas adalah kira-kira 246,118kg.

Di PERAK, sebuah kedai runcit di Jalan Baharu, Batu 5 di Parit Buntar, dikompaun penguat kuasa KPDNKK cawangan Parit Buntar kerana didapati menjual minyak masak tamat tempoh yang dibotolkan semula.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Mohd Fazly Edros berkata tangkapan itu dibuat susulan viral mengenai penjualan minyak masak paket satu kilogram yang dibotolkan semula dalam botol air mineral 1.5 liter dan dijual dengan harga RM3 sebotol sejak awal bulan ini.

Di LABUAN, Pengarah KPDNKK Arun Fazhillah Hamdan berkata bekalan minyak masak di pulau bebas cukai itu masih mencukupi dan dijual pada harga lama.

Arun berkata pemantauan harian terhadap sembilan pemborong utama dan 13 peruncit utama akan diteruskan untuk memastikan bekalan minyak masak adalah stabil.

Di PERLIS, Timbalan Ketua Penguatkuasa KPDNKK negeri, Ahmad Sabri Mohd Suri berkata pemantauan harga yang dijalankan hari ini mendapati penjual dan pemborong mematuhi peraturan ditetapkan.

Pengerusi Bersama Gerakan Pengguna Negeri Perlis, Datuk Nordin Abdullah pula berkata orang ramai perlu bijak menggunakan kuasa memilih dalam usaha mengawal harga minyak masak di pasaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori