Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Malaysia-Kazakhstan Tubuh J/kuasa Khas...

KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa khas dijangka ditubuh antara Malaysia dan Kazakhstan bagi...

MU Lamar Zainal

KUALA LUMPUR - Bekas pengendali Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan kian hampir mengisi...

SIC Melaka Tarik Pelaburan...

MELAKA – Pusat Industri Pintar (SIC) yang terletak di Taman Perindustrian Bukit Rambai,...

Perjalanan Bebas Visa Rakyat...

PUTRAJAYA - Bermula 27 Disember ini, pemegang semua jenis pasport Malaysia boleh memasuki...

19,635 Kemalangan Jalan Raya Di Pahang Sejak Awal Tahun

KUANTAN – Statistik kemalangan daripada Polis Diraja Malaysia menunjukkan 19,635 daripada 489,606 kes kemalangan jalan raya di seluruh negara berlaku di Pahang sejak awal tahun sehingga kini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh berkata jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di negeri ini pula ialah seramai 543 orang daripada 6,706 kes di seluruh negara.

“Bagi tempoh sama, bandar Kuantan mencatat 7,815 kemalangan dengan 154 kematian. Angka ini amat menggerunkan jika tiada usaha mengurangkan kadar tersebut daripada semua pihak.

“Kita perlu berfikir dan menilai semula daripada pelbagai sudut untuk menanganinya,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan peringkat negeri di sini, hari ini.

Mohd Shohaimi berkata pelbagai pendekatan lebih efektif perlu dilakukan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Pahang kerana amat malang jika rakyat kehilangan nyawa akibat kemalangan tersebut.


“Saya percaya program berbentuk kesedaran pendidikan harus diteruskan melalui pelaksanaan bersifat jangka panjang. Mudah-mudahan kita akan berjaya melahirkan generasi pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab dan berhemah pada setiap masa,” katanya.

Beliau berkata setiap tahun negara kehilangan lebih 6,000 nyawa akibat kemalangan jalan raya dengan kerugian lebih RM8.3 billion.

“Ia berdasarkan asas pengiraan dibuat Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) iaitu satu kematian bersamaan nilai RM1.2 juta,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori