Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SelfieBrush: Aksesori Berus Selfie...

Khas untuk golongan wanita yang sangat gemarkan selfie.Nampaknya kemaruk terhadap selfie ini nampaknya...

Polis Buka Kertas Siasatan...

KUALA LUMPUR - Polis membuka satu kertas siasatan berhubung Himpunan #Turun yang berlangsung...

(TIDAK RASMI) BN, PN...

PETALING JAYA : Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendahului di...

Mufti Perlis Sindir Mufti...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin menyelar mufti-mufti...

2 Cedera Bas Persiaran Langgar Lori Tangki Di Tapah

TAPAH – Dua cedera dengan seorang daripadanya parah dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan lori tangki di Kilometer 330, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Tapah di sini awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 5.30 pagi itu, seorang penumpang wanita dikenali sebagai Wan Nor Amni Wan Din, 22, dan pemandu kedua bas, Nur Azmi Mohd Nor, 50, mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Som Sak Din Keliaw berkata Wan Nor Amni tidak sedarkan diri selepas cedera parah pada bahagian kepala, manakala Nur Azmi cedera pada bahagian kaki dan tulang rusuk.

Katanya kejadian berlaku ketika bas yang membawa 20 penumpang dari Kelantan menuju ke Tanjung Malim itu cuba memotong lori tangki yang membawa muatan simen tetapi gagal lalu melanggar bahagian belakang kenderaan tersebut.


“Penumpang lain, pemandu pertama bas dan pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tapah dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori